Tiga individu guna nama Tunku Mahkota Johor tukar mata wang AS$5 trilion

Polis Johor mendapat maklum terhadap kegiatan penipuan menggunakan nama TMJ susulan menerima laporan polis yang dibuat Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi Keluarga Diraja Johor pada pukul 7 malam. Sumber (gambar): Fail TTF

تيڬ اينديۏيدو ڬونا نام تونكو مهكوتا جوهر توكر مات واڠ اس$5 تريليون

Polis Johor sedang memburu tiga individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan pemalsuan dokumen ‘Letter Of Undertaking’ menggunakan nama Tunku Mahkota Johor membabitkan urusan tukaran mata wang asing mencecah AS$5 trilion (RM20.91 trilion).

Ketua Polis, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dokumen itu didapati dikeluarkan dan ditandatangani oleh seorang wanita tempatan bergelar Datuk Seri mendakwa mendapat mandat daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Hasil semakan melalui laman WWW.ISTIADAT.GOV.MY mendapati penama yang bergelar Datuk Seri tersebut tidak berdaftar sebagai individu yang mempunyai gelaran berkenaan,” katanya.


JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang memburu tiga individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan pemalsuan dokumen ‘Letter Of Undertaking’ menggunakan nama Tunku Mahkota Johor membabitkan urusan tukaran mata wang asing mencecah AS$5 trilion (RM20.91 trilion).

Ketua Polis, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dokumen itu didapati dikeluarkan dan ditandatangani oleh seorang wanita tempatan bergelar Datuk Seri mendakwa mendapat mandat daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim.




Beliau berkata, Polis Johor mendapat maklum terhadap perkara itu susulan menerima laporan polis yang dibuat Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi Keluarga Diraja Johor pada pukul 7 malam.

“Dokumen palsu yang mendapat mandat Tunku Ismail bagi menjalankan urusan tukaran mata wang asing dolar Amerika Syarikat kepada Ringgit Malaysia (RM) yang bernilai AS$200 bilion hingga AS$5 trilion.

“Hasil semakan melalui laman WWW.ISTIADAT.GOV.MY mendapati penama yang bergelar Datuk Seri tersebut tidak berdaftar sebagai individu yang mempunyai gelaran berkenaan.

“Polis Johor sedang giat menjalankan siasatan mengesan ketiga-tiga suspek ini. Maklumat lanjut tentang kes ini masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber:

WAJIB BACA:

MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI

Loading...

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...