Tiga kejayaan kebangkitan rakyat oleh Pemantau Malaysia Baru dalam tempoh kurang sebulan

Dato’ Lokman Adam

Gerakan Pemantau Malaysia Baru telah menempuh tiga kejayaan besar dari tarikh ia ditubuhkan. Kejayaan tersebut telah sedikit sebanyak membangkitkan semangat patriotisme dan kesedaran di kalangan rakyat berkenaan situasi semasa melibatkan kerajaan Pakatan Harapan. Kejayaan-kejayaan tersebut adalah:

1. Report polis ke atas hasutan Dato Kadir Jasin terhadap DYMM SPB YDP Agong.

Dalam hal ini, kami berjaya memberikan tekanan terhadap Kadir Jasin sehingga beliau meletak jawatan sebagai Ketua Media & Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan.

2. Pendedahan bahawa DBKL telah memberi Ketua Pemuda PPBM Bukit Bintang tapak niaga di Bazar Ramadan di Masjid India.

Hasil dari pendedahan kami, telah terbongkar bahawa DBKL dipaksa oleh seorang MP dari Bukit Bintang DAP untuk menganugerah gerai tersebut secara terus tanpa tender , di mana 80 tapak telah disewa dengan harga RM 5,000 satu lot yang membawa jumlah keseluruhan untuk 80 tapak kepada RM6000.

3. Cabaran supaya Menteri Pertanian menyenaraikan senarai sayur dan daging yang turun 30-50% selepas GST dibawa turun ke kadar sifar dan lokasi kedai-kedai yang terbabit.

Hasil dari cabaran kami, Menteri Pertanian telah mengaku bahawa penurunan tersebut tidak melibatkan satu negara tetapi hanya tinjauan mata kasar beliau sahaja.

Kejayaan yang kami tempuhi telah sedikit sebanyak membangkitkan semangat patriotisme dan “ingin tahu kebenaran” di kalangan rakyat jelata. Walaupun masih banyak yang perlu di lakukan, namun kita berjaya memberikan tekanan kepada Pakatan Harapan supaya lebih telus dalam menangani isu-isu negara.

Ayuh, marilah kita sama-sama bangkit bersama Pemantau Malaysia Baru ke arah sesuatu yang benar. Sertai kami sebagai ahli atau sertai telegram untuk mendapatkan perkembangan terbaru. Kepada teman-teman yang mempunyai maklumat dalaman pentadbiran penyelewengan Pakatan Harapan, sila hubungi saya di talian 0123320000.

Lokman Adam
Presiden
Pemantau Malaysia Baru

P/S : Memandangkan Media Arus Perdana telah menerima arahan untuk tidak menyiarkan apa yang kami bangkitkan, saya memohon jasa baik saudara-saudari untuk membantu kami bagi menyebarkan bahan yang kami sediakan disetiap saluran media sosial yang anda miliki seperti Whatapps, FaceBook, Instagram, Telegram, Wechat dan lain-lain medium.  Semua bahan  yang kami sediakan boleh diperolehi di channel telegram dibawah.  Mohon jasabaik anda untuk meminta teman-teman dan sanak saudara anda menyertai Kebangkitan ini dengan menyertai channel tersebut : https://telegram.me/lokmanadam

Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would help us bring more such content in the future. For as little as RM10, you can support The Third Force, and it only takes a minute. Click the donate button on the top right or follow the link HERE if you intend to make a contribution. Thank you.

Comments

Comments



Loading...