TIGA KEMUNGKINAN BESAR PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raggie Jessy Rithaudeen

تيڬ كموڠكينن بسر ڤد ڤرهيمڤونن اڬوڠ امنو

Tidak ramai yang tahu, istilah “Kluster Menteri” yang dipopularkan sejak kebelakangan ini meliputi 11 menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional yang bukan kesemuanya penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut pemahaman saya, hanya lapan daripada 11 ahli kluster ini “pro-Muhyiddin,” sekaligus menimbulkan keperluan untuk istilah baharu yang lebih sesuai bagi mewakili mereka.




Justeru, saya ingin memperkenaklan istilah “Kluster Menteri Pro-Muhyiddin” atau “KMPM” bagi mewakili menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional yang menyokong Muhyiddin.

Kita sedia maklum bahawa KMPM inginkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur dari jawatan presiden UMNO dengan kadar segera, sepertimana juga majoriti perwakilan UMNO (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kumpulan Anti Zahid dan Najib,” atau “KAZN”)

Tetapi berbeza dengan KMPM yang inginkan UMNO bekerjasama dengan Muhyiddin pada Pilihan Raya Umum ke-15, KAZN bertegas untuk menarik terus sokongan UMNO terhadap Perikatan Nasional dan mendesak agar parlimen dibubarkan secepat mungkin.

Justeru, pertaruhan sebenar menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ialah kemampuan Zahid dan KMPM mempengaruhi KAZN.

Terdapat tiga senario yang mungkin:

1. KMPM berjaya pengaruhi KAZN.

2. Zahid berjaya pengaruhi KAZN.

Loading...

3. Kedua-dua KMPM dan Zahid tidak berjaya pengaruhi KAZN.

Dalam senario pertama, Zahid sudah pasti akan didesak untuk mengadakan pemilihan UMNO secepat mungkin agar KMPM boleh mencalonkan pengganti Zahid bagi memastikan UMNO bertanding menggunakan bendera Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Senario ini tidak mustahil berlaku, kerana KMPM memiliki kemampuan kewangan yang tinggi ehsan jawatan yang dipegang oleh ahli-ahlinya yang turut boleh menjanjikan jawatan kepada pemimpin-pemimpin bahagian UMNO.

Senario kedua pula sukar untuk dikecapi kerana Zahid dan Najib gagal mempengaruhi para perwakilan setakat ini.

Senario ketiga tidak jauh bezanya dari senario kedua, di mana Zahid dijangka akan didesak untuk mengadakan pemilihan UMNO secepat mungkin bagi memberi peluang kepada KAZN untuk menguasai UMNO.

Namun, Zahid boleh membeli masa jika beliau sendiri bersetuju untuk menarik terus sokongan UMNO terhadap Perikatan Nasional, mendesak agar parlimen dibubarkan secepat mungkin dan mengumumkan penolakkan PKR dan DAP oleh UMNO.

Malah, pengumuman bahawa UMNO akan menolak terus DAP dan PKR akan menguja KAZN dan mengelakkan situasi di mana pemimpin bahagian UMNO termakan dengan janji-janji KMPM dan bersetuju untuk menyokong PPBM.

Zahid turut dijangka akan mendapat sokongan padu KAZN jika beliau menamakan seorang ikon kumpulan itu sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional dan calon itu tampil menzahirkan sokongannya terhadap Zahid sehingga pemilihan UMNO.

Namun, kebarangkalian untuk perkara ini berlaku amat tipis, memandangkan ikon-ikon utama KAZN tahu Barisan Nasional akan mencatatkan prestasi yang agak buruk di Pilihan Raya Umum ke-15 melainkan UMNO bekerjasama dengan blok kuasa ketiga.

Tetapi tidak ada yang mustahil dalam dunia politik, dan kita sudah lihat bagaimana ahli-ahli politik berubah pendirian dalam sekelip mata setelah memasuki perjanjian-perjanjian yang dirahsiakan dari umum.

Apa pun, tidak ada sebab untuk KMPM menarik sokongan terhadap PPBM, kerana mereka tahu Muhyiddin akan mencalonkan kesemua mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 dengan atau tanpa sokongan UMNO.

Justeru, masa depan KMPM lebih cerah bersama Muhyiddin kerana UMNO mungkin akan membalas dendam dengan tidak mencalonkan sebahagian daripada mereka seandainya mereka tiba-tiba bersetuju untuk menolak PPBM.

WAJIB BACA:

Undi 18: Kenyataan Hadi timbulkan dilemma besar, PAS kini terjerat



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...