Tiga Ketua Bahagian PPBM Selangor pertikai sokongan terhadap Muhyiddin

Semalam, nail presiden PPBM, Datuk Abdul Rashid Asari mendakwa Bersatu Selangor menyokong pelantikan Muhyiddin sebagai pemangku pengerusi parti bagi menggantikan Mahathir. Sumber (gambar): Fail TTF

تيڬ كتوا بهاڬين ڤڤبم سلاڠور ڤرتيكاي سوكوڠن ترهادڤ محي الدين

Sokongan Parti Pribumi Bersat Malaysia (PPBM) Selangor berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemangku pengerusi parti menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad dipertikai tiga ketua bahagian.

Menurut laporan, ketiga-tiga ketua bahagian berkenaan mendakwa tiada sebarang keputusan diambil semasa mesyuarat antara ketua-ketua bahagian Bersatu yang diadakan pada 13 Mei lalu.

“Tiada apa-apa ketentuan berkaitan pemangku pengerusi yang dipersetujui oleh kami, apatah lagi tindakan memecat seperti dalam klausa 10.2 Perlembagaan Bersatu dicadang, bahas mahupun dipersetujui.

“Kami juga bertegas tidak mahu sebarang usaha untuk memecat Tun Mahathir mahupun Dato’ Seri Mukhriz (Mahathir),” ketiga-tiga mereka dilaporkan sebagai berkata.


PETALING JAYA: Sokongan Parti Pribumi Bersat Malaysia (PPBM) Selangor berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemangku pengerusi parti menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad dipertikai tiga ketua bahagian.

Menurut laporan, ketiga-tiga ketua bahagian berkenaan mendakwa tiada sebarang keputusan diambil semasa mesyuarat antara ketua-ketua bahagian Bersatu yang diadakan pada 13hb Mei lalu.




Ketiga-tiga mereka turut menolak kenyataan Pengerusi Bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari, yang mendakwa perlembagaan parti menunjukkan naib presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, perlu dipecat.

“Persetujuan bersama yang sebenarnya dipersetujui adalah; menghormati dan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu.

“Tiada apa-apa ketentuan berkaitan pemangku pengerusi yang dipersetujui oleh kami, apatah lagi tindakan memecat seperti dalam klausa 10.2 Perlembagaan Bersatu dicadang, bahas mahupun dipersetujui.

“Kami juga bertegas tidak mahu sebarang usaha untuk memecat Tun Mahathir mahupun Dato’ Seri Mukhriz (Mahathir),” ketiga-tiga mereka dilaporkan sebagai berkata.

Semalam, nail presiden PPBM, Datuk Abdul Rashid Asari mendakwa Bersatu Selangor menyokong pelantikan Muhyiddin sebagai pemangku pengerusi parti bagi menggantikan Mahathir.

Menurut laporan, Rashid berkata sokongan Bersatu Selangor selaras dengan peruntukan Artikel 16(9) perlembagaan parti susulan kenyataan Mahathir bahawa beliau meletakkan jawatannya.

Tetapi perkara ini disangkal oleh Mohd Shaid Rosli, Ketua Bahagian Kuala Selangor merangkap Adun Jeram, Syed Abdillah Syed Abd Aziz (Klang) dan Mohd Sufian Mat Junus (Bangi).

Loading...

“Ingin kami maklumkan, ada perbezaan ketara antara perbicaraan (statement) oleh pengerusi badan pimpinan Selangor dengan persetujuan bersama (collective decision) yang diperkatakan dalam kenyataan media tersebut.

“Dengan itu kami tidak sependapat dengan kenyataan akhbar Bersatu Selangor tersebut,” kata mereka.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...