Tikam lidah biarlah bertempat, hormati kemuliaan Institusi Diraja

“Usahlah menghina pihak lawan buat sehari dua ini kerana penghinaan anda hanya akan mencemarkan kemuliaan Institusi Diraja dan merendahkan martabat kita sebagai umat Allah”

Raggie Jessy Rithaudeen

تيكام ليده بيارله برتمڤت، حرمتي كمولياان اينستيتوسي دراج

Sejak pengumuman pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 dibuat oleh pihak Istana Negara, para penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Muafakat Nasional sudah mula menghulurkan pelbagai kata-kata kesat menerusi media sosial bagi mempertahankan Perdana Menteri pilihan masing-masing.




Perkara ini amatlah tidak sihat atau menyenangkan untuk dilihat dan dibaca, memandangkan Yang di-Pertuan Agong masih belum menjadi saksi kepada upacara mengangkat sumpah oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8 tidak kira siapa pun yang akhirnya mengangkat sumpah.

Ini bermakna proses pelantikan Perdana Menteri yang sudah pun bermula dengan pengumuman Istana Negara masih belum tamat, sekaligus menjadikan pertikaman lidah, tuding menuding dan sorakan tak tentu hala yang bersifat menghina pihak lawan satu penghinaan terhadap kemuliaan Institusi Diraja.

Atas kesedaran inilah saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya mereka yang bergama Islam, untuk membawa diri dengan cara yang sopan dan beradab.

Ya, bersantunlah buat sehari dua ini agar tidak ada penghinaan terhadap mana-mana pemimpin politik, samada yang beragama Islam atau sebaliknya.

Hormatilah segala apa keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, biar ianya berubah ataupun kekal sama.

Biarlah proses pelantikan Perdana Menteri berlangsung dalam suasana kemuliaan dan junjunglah kasih yang tidak terhingga ke atas pemerintahan yang berkesan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku

Jika ada apa-apa yang ingin dipertikaikan, timbulkanlah persoalan dengan cara yang penuh kehormat. Jika ada apa-apa yang ingin disanggah, nyatakanlah pandangan anda dengan cara yang sopan dan santun.

Loading...

Usahlah masuk campur dalam pertikaian antara Mahathir dan Muhyiddin, kerana sesungguhnya, umum tidak tahu apa yang benar-benar terjadi kerana andaian yang dibuat pada ketika ini kesemuanya palsu belaka.

Hormatilah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan berikanlah ruang kepada Baginda Tuanku untuk melaksanakan tugas sebagai Ketua Utama Negara dan Ketua Agama Islam.

Daulat Tuanku!



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...