Oleh Sazali Yunus
AMPANG: Timbalan pengerusi Gagasan Tiga (G3), Amran Ahmad Nor, berserta naib pengerusi pergerakan tersebut, Ariffin Abu Bakar, telah diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada pukul 6 petang hari ini.
Ariffin merupakan naib pengerusi Gagasan Tiga (G3)
Memetik laporan media, Amran menegaskan bahawa beliau akan menghadirkan diri sepertimana yang dikehendaki polis dan akan mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini biar berapa banyak laporan yang telah dibuat terhadapnya.
Semalam, kedua-dua penasihat tetap kehormat Gagasan Tiga (G3) berserta pengerusi gagasan tersebut, Dato’ Azwanddin Hamzah dan Raggie Jessy Rithaudeen, hadir ke pejabat polis daerah yang sama dan disoal selama hamper dua jam.
Ketika ditemui di luar balai, Azwanddin memberitahu bahawa beliau boleh ditangkap pada bila-bila masa berpandukan kepada keputusan oleh peguam negara.
Jumaat lepas, satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Azwanddin manakala Raggie pula ditemui di pejabat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) semalam dan diminta hadir ke IPD Ampang Jaya hari ini untuk memberi keterangan.
