
تيمبالن كتوا منتري سابه دعوا شافعي ماسيه كتوا منتري، ماسيه ميليكي ماجوريتي
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew, malam tadi berkata Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal masih Ketua Menteri yang sah kerana masih memegang sokongan majoriti.
Kenyataan Christina dibuat susulan pengumuman oleh Datuk Seri Musa Aman bahawa sebuah gabungan pelbagi parti yang berpihak kepada Perikatan Nasional sudah memiliki sokongan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan di Sabah.
Kenyataan tersebut menjawab teka-teki yang timbul selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan dengan gabungan baharu.
PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew, malam tadi berkata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih Ketua Menteri yang sah kerana masih memegang sokongan majoriti.
Kenyataan Christina dibuat susulan pengumuman oleh Datuk Seri Musa Aman bahawa sebuah gabungan pelbagi parti yang berpihak kepada Perikatan Nasional sudah memiliki sokongan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan di Sabah.
Christina bagaimanapun menyangkal dakwaan ini.
“Shafie masih Ketua Menteri dengan sokongan majoriti yang mencukupi,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Mohd. Shafie malam tadi.
Kenyataan tersebut menjawab teka-teki yang timbul selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan dengan gabungan baharu.
Ia selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Najib didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan mendapatkan suapan RM42 juta apabila terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan dalam memberikan jaminan kerajaan terhadap pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan kepada SRC International.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
