Timbalan Ketua PPBM Langkawi keluar parti bersama setiausaha, bendahari, 22 ahli jawatankuasa bahagian

Jumaat lalu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengumumkan akan menubuhkan parti baharu. Sumber (gambar): Berita Harian

تيمبالن كتوا ڤڤبم لڠكاوي كلوار ڤرتي برسام ستياءوسها، بنداهاري، 22 اهلي جاوتنكواس بهاڬين

Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Langkawi, Shukor Bahari keluar parti, hari ini.

Shukor berkata, 22 ahli jawatankuasa bahagian itu juga berbuat demikian kerana mahu terus berjuang bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Shukor berkata, mereka kesal dengan kepemimpinan tertinggi BERSATU yang mengkhianati perjuangan asal parti dan bersekongkol dengan musuh politik.

“Tindakan tidak bermaruah itu tidak masuk akal kerana dulunya kita bermati-matian menyingkirkan musuh politik dari tampuk pemerintahan,” katanya.


LANGKAWI: Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Langkawi, Shukor Bahari keluar parti, hari ini.

Shukor berkata, 22 ahli jawatankuasa bahagian itu juga berbuat demikian kerana mahu terus berjuang bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad.




Selain beliau, katanya, Setiausaha, Azlina Mansor; Bendahari, Jamari Mahtar dan Ketua Penerangan, Zamree Yahya juga meletak jawatan dalam parti.

“Kami meletak jawatan kerana nekad terus berjuang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Shukor berkata, mereka kesal dengan kepemimpinan tertinggi BERSATU yang mengkhianati perjuangan asal parti dan bersekongkol dengan musuh politik.

“Tindakan tidak bermaruah itu tidak masuk akal kerana dulunya kita bermati-matian menyingkirkan musuh politik dari tampuk pemerintahan.

“Kami keluar dengan penuh rahmat dan bermaruah kerana tidak tunduk pada sogokan atau tawaran kuasa sebagai ganjaran,” katanya.

Jumaat lalu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengumumkan akan menubuhkan parti baharu.

Sumber:

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...