Timbalan KPN: Siasatan kes Adib tidak pernah dihentikan

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata siasatan kes tetap diteruskan tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya. Sumber (gambar): MMO

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata polis tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Kelmarin, Mahkamah Koroner mendapati sekumpulan individu tidak dikenal pasti menyerang Adib ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu.

Susulan itu, polis akan menyemak hasil siasatan sebelum ini termasuk memanggil kembali empat lelaki yang pernah ditahan polis pada 7 Disember tahun lalu selepas tempoh tahanan reman masing-masing tamat.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata mengesahkan pihaknya menerima laporan seorang pemilik akaun Twitter berhubung dakwaan 200,000 orang diberikan sijil kewarganegaraan baharu yang berikrar sedia membalas budi kerajaan.


SEREMBAN: Polis tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata siasatan kes tetap diteruskan tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.




“Siasatan sedang dibuat, malah kita tidak pernah menghentikan siasatan jenayah berhubung insiden ini.

“Kita teruskan siasatan. Itu saja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali, Ketua Polis Negara 2019, di sini, hari ini.

Kelmarin, Mahkamah Koroner mendapati sekumpulan individu tidak dikenal pasti menyerang Adib ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu.

Koroner Rofiah Mohamad yang mengetuai inkues memutuskan kematian Adib selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kecederaan akibat serangan terbabit, berpunca daripada perbuatan jenayah individu yang bertindak ganas dan berniat jahat terhadap mangsa.

Susulan itu, polis akan menyemak hasil siasatan sebelum ini termasuk memanggil kembali empat lelaki yang pernah ditahan polis pada 7 Disember tahun lalu selepas tempoh tahanan reman masing-masing tamat.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata mengesahkan pihaknya menerima laporan seorang pemilik akaun Twitter berhubung dakwaan 200,000 orang diberikan sijil kewarganegaraan baharu yang berikrar sedia membalas budi kerajaan.

“Laporan baru dibuat, kita akan lakukan siasatan. Setakat ini belum ada tangkapan,” katanya.

Loading...

Sumber:


Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...