
تيمبالن منتري، ايايك سچو ڤراق ددعوا اڠكر ڤرينته كاولن ڤرڬرقن
#TTFCovid19: Naib presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini membidas tindakan seorang timbalan menteri yang dikatakan tidak menunjukkan teladan yang baik apabila melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.
Menurut beliau, di New Zealand, Menteri Kesihatannya letak jawatan kerana melanggar peraturan lockdown.
Menurut laporan, satu majlis makan beramai-ramai diadakan sejurus selepas itu tanpa penjarakan sosial yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
TTF difahamkan bahawa laporan polis sudahpun dibuat berhubung insiden berkenaan, di mana perkara ini turut disahkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
PETALING JAYA: Naib presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini membidas tindakan seorang timbalan menteri yang dikatakan tidak menunjukkan teladan yang baik apabila melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.
Menurut beliau, di New Zealand, Menteri Kesihatannya letak jawatan kerana melanggar peraturan lockdown.
“Begitu juga orang awam di negara masing-masing melahirkan kemarahan kepada Menteri Perumahan UK dan Menteri Komunikasi Afrika Selatan atas sebab yang sama.
“Kita tidak mahu ada peraturan-peraturan yang berbeza, kepimpinan mesti tunjukkan tauladan,” tegasnya menerusi posting di laman sosial milik beliau.
Sejak Jumaat lalu, netizen digemparkan dengan beberapa keping gambar yang tular di media sosial menunjukkan seorang timbalan menteri dan exco Perak bersama penduduk setempat di Maahad Tahfiz di kawasan Lenggong.
Menurut laporan, satu majlis makan beramai-ramai diadakan sejurus selepas itu tanpa penjarakan sosial yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
TTF difahamkan bahawa laporan polis sudahpun dibuat berhubung insiden berkenaan, di mana perkara ini turut disahkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Saya difahamkan sudah ada laporan polis dibuat, jadi kita serahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP.
Beliau menambag, polis akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk orang kenamaan.
THE THIRD FORCE
