Timbalan Menteri Kerja Raya diminta kurangkan retorik, tunjuk bukti ‘kerajaan PN kukuh’

Raggie Jessy Rithaudeen

تيمبالن منتري كرجا راي دمينتا تونجوق بوقتي ءكراجأن ڤن كوكوهء

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) masih teguh berdiri walaupun pelbagai ‘bunyi’ kedengaran termasuk tanggapan sesetengah pihak bahawa kerajaan akan tumbang bila-bila masa.

Ini menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Syith, yang berkata, keadaan itu jelas dapat dilihat berdasarkan fakta semasa, malah PN turut diyakini kukuh untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.




“Berdasarkan fakta yang terlihat, jelas menunjukkan kerajaan berdiri dan terus kukuh sebelum PRU15 yang akan diumumkan nanti,” katanya.

Di sini, saya ingin ajukan beberapa soalan dan pendapat kepada Datuk Eddin Syazlee Syith dengan harapan mendapatkan reaksi daripada beliau atau peluang untuk menjadi panelis bersama beliau dalam mana-mana wawancara pilihannya:

1. ‘Fakta’ manakah yang dimaksudkan oleh Datuk Eddin Syazlee Syith apabila berkata PN kukuh?

2. Tanggapan banyak pihak adalah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat kerana tidak memiliki majoriti.

Tanggapan ini ditimbulkan oleh blok kerajaan sendiri susulan kegagalan Muhyiddin membenarkan keabsahan kerajaan pimpinannya ditentukan oleh Dewan Rakyat dan juga berdasarkan congakkan kasar bilangan ahli parlimen yang menyokong kerajaan.

Congakkan ini mengambil kira surat sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pengakuan Zahid bahawa terdapat ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional yang menyokong Anwar.

Congakkan ini turut mengambil kira pengumuman rasmi dua ahli parlimen dari Barisan Nasional yang mengesahkan tidak menyokong blok kerajaan dan hakikat bahawa Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah menzahirkan sokongannya terhadap kerajaan.

Loading...

Tanggapan rakyat serta kekeliruan yang timbul turut disebabkan tindak tanduk kerajaan pimpinan Muhyiddin yang mengisytiharkan Darurat sebaik selepas seorang ahli parlimen dari Barisan Nasional mengesahkan tidak menyokong blok kerajaan.

Darurat turut tidak dilihat menyumbang kepada usaha memerangi Covid-19, dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan setakat ini dilihat tidak memerlukan pengisytiharan Darurat kerana ianya boleh dilakukan menggunakan undang-undang yang sedia ada dan proses demokrasi berparlimen.

Yang Di-Pertuan Agong turut mengesahkan bahawa parlimen boleh bersidang dalam tempoh Darurat, manakala ahli-ahli parlimen sudahpun menerima vaksin dan seharusnya dibenarkan bersidang seperti biasa.

Anehnya, tatkala pelajar-pelajar yang belum menerima vaksin dibenarkan menghadiri sekolah dan UMNO dibenarkan menganjurkan Perhimpunan Agung, Muhyiddin masih gagal membenarkan ahli-ahli parlimen bersidang.

3. Jadi bagaimanakah Datuk Eddin Syazlee Syith boleh berkata PN kukuh sedangkan parlimen belum bersidang dan masih belum menentukan keabsahan kerajaan pimpinan Muhyiddin?

4. Bukankah benar kerajaan pimpinan Muhyiddin boleh kekal sebagai kerajaan walaupun tidak kukuh selagi Darurat berkuatkuasa?

Sekian

WAJIB BACA:

Najib kantoi, menteri UMNO sah terlibat keputusan guna dana KWAN beli vaksin



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...