Timbalan Pendakwa Raya mengaku diarah untuk tidak bantah permohonan pemulangan pasport Zahid

Zahid menghadapi dua belas pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram. Sumber (gambar): Fail TTF

تيمبالن ڤندعوا راي مڠاكو دأره اونتوق تيدق بنته ڤرموهونن ڤمولڠن ڤسڤورة زاهيد

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memberitahu mahkamah beliau mendapat arahan untuk tidak membantah permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan semula pasport peribadi dan diplomatiknya.

Demikian menurut laporan FMT dan Malaysiakini, yang mengesahkan bahawa sidang tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hanipah Farikullah membenarkan permohonan presiden UMNO itu.

Ini bermakna, Zahid kini boleh keluar negara tanpa kebenaran mahkamah walaupun berdepan 47 pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Zahid didakwa atas 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah (CBT) membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek sepanjang menjadi menteri dalam negeri antara 2013 dan 2018.

TONTON: RASA TAK PUAS HATI MAKIN MEMUNCAK, HUBUNGAN PH-BN DIJANGKA RETAK LEPAS 6 PRN

Zahid membuat permohonan baharu pada 13 Feb selepas Hakim Collin Lawrence Sequerah enggan mengubah syarat jaminan bagi membolehkan beliau memiliki dokumen perjalanannya.

Dalam permohonan itu, Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata pasport itu perlu dikembalikan kepadanya berikutan perubahan keadaan selepas PRU15 November lalu.

Beliau berkata sebagai timbalan perdana menteri dan menteri, beliau memerlukan pasport untuk menjalankan tugas rasmi.

Katanya, beliau bukan berisiko untuk melarikan diri (flight risk) dan pihak pendakwaan tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan itu.

“Saya membayar ikat jamin RM2 juta dan mematuhi semua syarat jaminan yang lain,” katanya sambil menambah beliau berjanji untuk hadir perbicaraan pada tarikh yang dijadualkan.

Di hadapan Sequerah, Zahid memohon untuk mengetepikan syarat dalam jaminannya yang memerlukan beliau menyerahkan pasport peribadi kepada mahkamah sementara menunggu kes selesai.

Loading...

Sequerah menolak permohonan itu pada 3 Feb.

Bagaimanapun, hakim membenarkan pasport Zahid mendapatkan semula pasportnya buat sementara waktu bagi membolehkannya memohon pasport diplomatik, yang juga mesti disimpan mahkamah.

Sequerah berkata Zahid tidak berhak memiliki pasport dalam simpanannya kerana semua tertuduh dilayan sama rata di bawah undang-undang.

Keputusan itu bermakna Zahid perlu mendapatkan kelulusan mahkamah untuk sebarang perjalanan ke luar negara.

Zahid didakwa atas 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah (CBT) membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek sepanjang menjadi menteri dalam negeri antara 2013 dan 2018.

Dua belas daripada pertuduhan adalah kes CBT, lapan untuk rasuah, dan baki 27 untuk pengubahan wang haram.

Perbicaraan yang di peringkat pembelaan itu akan disambung semula pada 10 April.

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan FMT dan Malaysiakini

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...