Timbalan Presiden JMM: Azwanddin jatuh sebab kecuaian polis

Omar Saleh

Berikut adalah jawapan saya terhadap kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar bin Ramli berkenaan isu Dato’ Azwanddin Hamzah

1. Apabila diteliti, sebaik sahaja Dato’ Azwanddin Hamzah turun dari trak polis yang membawanya ke Mahkhamah Klang semalam, beliau didapati bergari serantai bersama dengan dua orang OKT (Orang Kena Tahan) yang tidak diketahui kesalahan mereka.

https://www.facebook.com/2128468974136128/videos/230293834578437/




Video ketibaan Dato’ Azwanddin ke Mahkhamah Klang

2. Persoalannya, adakah perlu yang berbahagia Dato’ yang hanya merupakan tahanan politik digari bersama dua orang lain? Apakah ini usaha PDRM untuk memalukan Dato’ Azwanddin? Apakah salahnya sekiranya Dato’ Azwanddin digari berseorangan? Bukankah bilangan angota polis yang hadir di Mahkhamah semalam bagi mengiringi Dato’ Azwanddin jauh lebih ramai dari yang sepatutnya dan cukup untuk mengawal keadaan?! Apakat pihak PDRM tidak terfikir perkara ini?

3. Saya juga hairan mengapa anggota polis yang mengawal Dato’ Azwanddin mengheret beliau melalui laluan pintas yang ada halangan pasu bunga sedangkan terdapat laluan bersimen yang elok untuk membawa beliau ke kamar Mahkhamah. Kecuaian anggota polis inilah yang menyebabkan Dato’ jatuh tersungkur ke tanah. Apakah pihak PDRM masih tidak dapat menerima hakikat ini?

Dato’ Azwanddin jatuh tersungkur ke tanah disebabkan kecuaian pihak PDRM

4. Sepertimana yang kita sedia maklum menerusi viral di media sosial, Dato’ ada menyebut perkataan pariah Moorthy dalam teks ucapan beliau yang hanya ditujukan kepada Waytha Moorthy yang juga merupakan Menteri Perpaduan dan bukannya kepada orang-orang India yang lain.

5. Memandangkan isu ini telahpun diputar belit menjadi isu perkauman, adakah perlu PDRM menugaskan seorang India untuk mengawal Dato’ Azwanddin di Mahkhamah? Apakah PDRM tidak prihatin terhadap perkara ini atau sengaja menimbulkan keresahan di kalangan orang-orang Melayu dan penyokong-penyokong tegar Dato’ yang hadir di Mahkhamah tempon hari?

Gambar fail TTF: Anggota polis yang dimaksudkan

6. Daripada video-video yang telah tular, jelas dapat dilihat menerusi gerak-geri dan tingkah-laku pegawai polis India yang mengawal Dato’ Azwanddin bahawa terdapat unsur-unsur kekerasan dalam pengawalan. Apakah pihak PDRM masih akan menyangkal perkara ini biarpun jelas kelihatan pegawai tersebut bercakap secara kasar terhadap orang awam?

Loading...

Omar Saleh

Timbalan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...