Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) keluar parti bersama 17 Ahli Jawatankuasa Bahagian Sipitang

Jamilah membuat keputusan selepas mengadakan perbincangan dari hati ke hati bersama penyokong dan pendokong setia PBS khususnya di Bahagian Sipitang. Sumber (gambar): The Malaysian Times

تيمبالن ڤريسيدن ڤرتي برساتو سابه ﴿ڤبس﴾ كلوار ڤرتي برسام 17 اهلي جاوتنكواس بهاڬين سيڤيتڠ

Kalau minggu lepas kita disajikan dengan berita pengunduran Datuk Dr. Marcus Mojigoh dari UPKO, kini tiba giliran Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jamilah Sulaiman.

Menurut sebuah portal berita, Jamilah hari ini mengumumkan keluar daripada PBS bersama 17 daripada 18 ahli jawatankuasa (AJK) PBS Bahagian Sipitang kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden parti.

Minggu lepas, Mojigoh mengumumkan keluar UPKO bersama 1661 ahli Bahagian Putatan dari hampir kesemua Bahagian, Pemuda, Wanita & Komulakan.

Pengunduran Mojigoh menimbulkan spekulasi terdapat perjanjian gabungan baru antara kumpulan penyokong beliau dan presiden PBS, Maximus J Ongkili.


PETALING JAYA: Kalau minggu lepas kita disajikan dengan berita pengunduran Datuk Dr. Marcus Mojigoh dari UPKO, kini tiba giliran Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jamilah Sulaiman.

Menurut sebuah portal berita, Jamilah hari ini mengumumkan keluar daripada PBS bersama 17 daripada 18 ahli jawatankuasa (AJK) PBS Bahagian Sipitang kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden parti.




Menurut laporan, keputusan itu dibuat selepas Jamilah mengadakan perbincangan dari hati ke hati bersama penyokong dan pendokong setia PBS khususnya di Bahagian Sipitang.

“Dengan mengambil kira pandangan dan perjuangan mereka bersama saya dalam PBS selama ini, maka saya mengambil keputusan meletakkan semua jawatan dalam parti dan mengisytiharkan keluar dari PBS serta berhenti daripada menjadi ahli PBS.

“Saya membuat keputusan ini kerana hilang kepercayaan dengan kepimpinan Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr Maximus J Ongkili kerana tidak konsisten, tidak berpegang kepada kata-katanya, tidak bertimbang rasa, pilih kasih dan hipokrit,” katanya.

Minggu lepas, Mojigoh mengumumkan keluar UPKO bersama 1661 ahli Bahagian Putatan dari hampir kesemua Bahagian, Pemuda, Wanita & Komulakan.

Menurut sumber, Ketua Bahagian UPKO Putatan itu berkata antara penyebab tindakan mereka ialah ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan parti yang dikatakan tidak sensitif dengan rungutan akar umbi.

Beliau berkata Upko Putatan juga tidak bersetuju dengan sokongan pimpinan Upko terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) sebelum ini.

Pengunduran Mojigoh menimbulkan spekulasi terdapat perjanjian gabungan baru antara kumpulan penyokong beliau dan presiden PBS, Maximus J Ongkili.

Loading...

Ini berikutan tindakan Mojigoh mengumumkan pengundurannya sambil menjadi tuan rumah Majlis sambutan Tahun Baru Cina yang turut dihadiri Ongkili.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...