Tindak-Tanduk DAP Bakal Untungkan MCA dan PH-BN Pada PRU16, Namun BN Perlu Tahu Apa Yang Harus Dilakukan

Raggie Jessy Rithaudeen

1. DAP terlibat dalam janji-janji manifesto dan terlibat juga dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Maka, kegagalan kerajaan pimpinan Anwar melaksanakan sebarang janji manifesto, jika ada, adalah kegagalan bersama DAP.




3. Melainkan DAP boleh buktikan kepada masyarakat Cina bahawa mereka telah tekan Anwar menerusi mesyuarat kabinet untuk laksanakan satu-satu janji, tapi Anwar enggan melaksanakannya, DAP tidak ada locus standi untuk salahkan Anwar.

4. Contohnya, isu UEC – ketika buat janji manifesto, DAP tahu isu ini tidak boleh diselesaikan di semenanjung sampai bila-bila, tapi DAP teruskan juga berjanji.

5. Jadi, bila DAP menuntut secara terbuka agar Anwar luluskan UEC, ianya sekadar sandiwara politik di kaca mata saya.

6. Sandiwara ini kerap dimainkan menjelang PRU untuk menguja masyarakat Cina.

7. Namun, kali ini, DAP perlu berhati-hati, kerana cara berfikir pengundi muda progresif, yang bakal menjadi majoriti pengundi pada PRU16, adalah berbeza dengan cara berfikir pengundi dulu-dulu.

8. Pengundi Cina, khususnya yang muda dan progresif, secara amnya menyokong kestabilan, dan PH-BN dilihat sebagai gandingan yang stabil.

9. Ini kerana, berbanding pentadbiran PN sebelum ini, kerajaan pimpinan Anwar mampu bertahan lebih 3 tahun dengan majoriti besar.

Loading...

10. Jika DAP mengugut untuk tidak terlibat dalam kerajaan dalam 6 bulan atas apa jua alasan (contoh: Anwar gagal laksanakan perkara-perkara tertentu), pengundi Cina akan melihatnya sebagai tanda ketidakstabilan dan ketidaktentuan, sekalipun DAP berjanji untuk tidak tumbangkan kerajaan.

11. Pada masa yang sama, pengundi muda progresif tidak bodo’ dan tahu bahawa DAP sebenarnya sama-sama bertanggungjawab terhadap janji yang tidak ditunaikan, dan mereka akan melihat ‘serangan’ DAP terhadap Anwar sebagai politik mengarut, sekalipun ianya sandiwara.

12. Maka, menjelang PRU16, tindak-tanduk DAP ini akan memecahkan komuniti Cina kepada tiga kumpulan – kumpulan duduk rumah, kumpulan sokong DAP, dan kumpulan sokong MCA.

13. Ketiga-tiganya tidak akan terima PAS, dan disebabkan itu, kumpulan yang keluar mengundi akan lebih rela mengundi samada calon DAP atau MCA untuk kekalkan kestabilan PH-BN.

14. Mereka tahu DAP akan kekal bersama PH-BN dan tidak mungkin bekerjasama dengan PN untuk kelangsungan politinya.

15. Justeru, MCA wajib bertembung dengan DAP di kerusi-kerusi di mana majoriti DAP sangat besar, kerana walaupun undi Cina akan berpecah – NAMUN, ianya akan menguja lebih ramai pengundi Cina untuk keluar mengundi.

16. Ini tetap akan menguntungkan PH-BN, kerana, seperti yang saya kata, DAP akan kekal bersama PH-BN dan tidak mungkin bekerjasama dengan PN untuk kelangsungan politinya.

17. Kesudahannya, jika Anwar mengikut formula ini, tindakan DAP ‘mengugut’ beliau akan tetap menguntungkan PH-BN, namun DAP akan berisiko hilang beberapa kerusi kepada MCA.

18. Sebab itu MCA baru-baru ini mengesahkan parti itu tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan PN dan menamakan “PAS” sebagai sebab khusus.

19. Ianya mesej kepada pengundi Cina bahawa parti itu menolak PAS, dan itu sahaja yang pengundi Cina mahu dengar.

20. Sekalipun DAP tidak meneruskan ‘ugutan’ terhadap Anwar setelah membaca penulisan ini, pencapaian PH-BN tetap akan meningkat, namun saya akan menjelaskannya di masa akan datang.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...