
Raggie Jessy Rithaudeen
يندق تندوق سڤرم منچوريڬاكن
Saya mengalu-alukan tindakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam rasuah, salah guna kuasa atau penggubahan wang haram.
Berbekalkan semangat ini, saya amat bersetuju dengan tindakan pihak SPRM mendakwa Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok sekiranya benar beliau disyaki terlibat dengan unsur salah guna kuasa.
Persoalannya, mengapakah tindakan pihak SPRM berat sebelah?
30hb April lalu, Mantan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, membuat kejutan apabila mendakwa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, menyalahgunakan kedudukannya untuk campurtangan dalam urusan polis.
Hamid juga membayangkan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Hamzah dicemari “unsur politik”.
Beliau berkata demikian kepada pemberita yang memintanya mengulas pengakuan Hamzah bahawa suara dalam sebuah rakaman perbualan berkaitan pelantikan pegawai polis atasan.
Pihak SPRM pula membuat kenyataan demi kenyataan yang tidak masuk akal sambil memperbodohkan raykat dengan dakwaan kononnya pendedahan Hamid Bador merupakan isu dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Saya hendak bertanya, bukankah unsur salah guna kedudukan atau rasuah melibatkan mana-mana individu, agensi atau syarikat wajib disiasat oleh SPRM sekiranya ada pihak yang tampil membuat pendedahan di umum?
Hamid Bador bukan calang-calang orangnya, beliau merupakan ketua pasukan polis negara pada ketika pendedahan dibuat.
Namun, pihak SPRM tidak mengendahkan pendedahan beliau walaupun ada bayangan unsur rasuah dalam usaha parti-parti politik ‘membeli’ wakil rakyat.
Hamid Bador bukanlah orang pertama yang mendedahkan kewujudan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan blok kerajaan.
Sebaliknya, kewujudan salah guna kuasa dan rasuah ini sudah lama diakui oleh beberapa pemimpin politik, termasuk Datuk Seri Shafie Apdal, yang mendakwa wang berbilion ringgit ditawarkan kepada wakil rakyat dari Sabah agar mereka menyertai blok kerajaan.
Kenapakah SPRM mengenepikan semua dakwaan ini, kenapa pula ahli parlimen Labuan menjadi fokus siasatan?
Adakah semua ini berkait dengan Pilihan Raya Umum ke-15 yang dijangka akan diumumkan hujung tahun ini atau awal tahun depan?
WAJIB BACA:
Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO
