Tindakan Apandi Ali mewakili Jho Low menampilkan pelbagai persoalan etika guaman

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

تيندقن اڤندي علي مواكيلي جهو لوو منمڤيلكن ڤلباڬاي ڤرسوالن ايتيكا ڬوامان

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :




1. Pada hari semalam, 14.07.2022, dalam merujuk kepada Laporan MALAYSIA NOW 14.07.2022 bertajuk “Rundingan Jho Low dengan kerajaan gagal, Apandi terlibat”, saya telah menulis di Siri : 3425 berhubung persoalan sekiranya kehadiran APANDI ALI dalam rundingan berhubung skandal 1MDB dengan JHO LOW itu adalah BENAR seperti yang dilaporkan, maka adakah penglibatan APANDI ALI di sana atas lantikan Kerajaan untuk mewakili Kerajaan Malaysia ?!

2. Saya juga telah mengutarakan TIGA (3) SEBAB UTAMA yang menzahirkan KETIDAKLAYAKAN lantikan APANDI ALI untuk mewakili Kerajaan Malaysia dalam rundingan berkaitan Skandal 1MDB dengan JHO LOW itu di Perenggan 5 di Siri : 3425 itu, yang sehingga kini masih belum diperjelaskan oleh Kerajaan Malaysia mahupun APANDI ALI sekalipun.

3. Walau bagaimana pun, pada petang tadi, 15.07.2022, saya telah diminta oleh seorang rakan pemberita akan pandangan perundangan berhubung kelayakan dan tanggungjawab mana-mana Peguam Swasta Malaysia yang dilantik oleh mana-mana suspek/tertuduh jenayah di sini yang masih belum diberkas dan dikenalpasti tempat sembunyiannya, dan pandangan saya itu telah dipetik dan dilaporkan oleh THE EDGE MARKET 15.07.2022 bertajuk “Jho Low said to have offered RM1.5 bil to Malaysian Govt to settle all charges against him” yang mana petikan matan adalah seperti berikut :

THE EDGE MARKET 15.07.2022 :

‘Jho Low said to have offered RM1.5 bil to Malaysian Govt to settle all charges against him’

Haniff Khatri :

“While Jho Low is a wanted fugitive — with an Interpol red notice against him — he has a fundamental right under the law to be defended and can still appoint a lawyer to represent him, lawyer Haniff Khatri Abdulla told The Edge.

“Any lawyer who appears for a suspect, whether the suspect is in the country or overseas, can represent the suspect. Even though the person is hounded and not here, a lawyer here can represent him ‘in absentia’,” he said.

Loading...

Haniff also said the lawyer is not obliged to tell the authorities of the whereabouts of his clients, even if he knows it.

“The only way a lawyer is compelled to divulge to the authorities the location of a suspect is if there is information that the suspect will commit a further crime. Otherwise, whatever issues are subject to privilege,” said Haniff.

However, as far as Jho Low having a discussion to bargain with the government for the settlement of his legal suit, there is nothing wrong with that, Haniff said.

“It is clear that Jho Low wants to go to the US to settle his cases there and move on. To do that, he has to clear the red notice to travel. To clear the red notice, he has to speak to the Malaysian Government. There’s nothing sinister about the Government discussing the issue with him,” he said.”

(Laporan penuh THE EDGE MARKET 15.07.2022 bertajuk “Jho Low said to have offered RM1.5 bil to Malaysian Govt to settle all charges against him” adalah dimuat naik di Ruang Bawah)

4. Petikan pandangan saya itu telah menjelaskan kelayakan dan tanggungjawab mana-mana Peguam Swasta tempatan untuk mewakili mana-mana suspek/tertuduh jenayah tempatan yang telah melarikan diri ke luar negara, seperti JHO LOW, namun itu bukanlah isu utama penulisan saya di sini.

5. Perhatian saya tertarik kepada bahagian lain Laporan THE EDGE MARKET yang sama itu yang memberi pandangan dan fahaman bahawa kehadiran APANDI ALI dalam rundingan berkaitan Skandal 1MDB antara Kerajaan Malaysia dengan JHO LOW, adalah kononnya sebagai Peguam Swasta tempatan yang mewakili JHO LOW, seperti yang dilaporkan :

“Fugitive financier Low Taek Jho (Jho Low), who is credited with masterminding the heist of billions of dollars from 1Malaysia Development Bhd (1MDB), has offered RM1.5 billion to the Malaysian Government to settle the charges against him, according to sources.

However, the Malaysian Government has rejected the proposal, a source told The Edge.

Jho Low, who is accused of siphoning money from 1MDB, is facing a US$3.78 billion (about RM15.85 billion) suit filed by 1MDB and its four subsidiaries.

It is believed that Jho Low had former Attorney General Tan Sri Apandi Ali represent him in negotiations with the Malaysian government.

Apandi Ali, who has not responded to queries from The Edge on the matter at press time, had cleared former Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak of any wrongdoing in 1MDB in 2016 during his tenure as AG under Najib’s administration.”

6. Sekiranya kandungan Laporan THE EDGE MARKET 15.07.2022 bertajuk “Jho Low said to have offered RM1.5 bil to Malaysian Govt to settle all charges against him” seperti yang dipetik itu adalah tepat dan betul, maka ianya adalah sama PELIK dan ANEH serta menampilkan pelbagai persoalan etika guaman, sepertimana ianya PELIK dan ANEH sekiranya APANDI dilantik oleh Kerajaan Malaysia atas alasan yang diutarakan saya di Siri : 3425 itu !

7. Pada asasnya tiada permasalahan dari sudut etika guaman untuk mana-mana Bekas Peguam Negara mahupun Bekas Timbalan Pendakwa Raya untuk mewakili mana-mana suspek/tertuduh jenayah selepas beliau mulakan amalan guaman swasta selepas perkhidmatannya sebagai Peguam Negara mahupun Timbalan Pendakwa Raya, tetapi ianya adalah TIDAK BERETIKA dari sudut AMALAN GUAMAN untuk bekas penjawat awam itu mewakili mana-mana suspek/tertuduh jenayah yang pernah menjadi subjek perkara dalam kendalian kerja terdahulu Bekas Peguam Negara mahupun Bekas Timbalan Pendakwa Raya, pada masa perkhidmatan beliau itu !

8. Dalam isu Skandal 1MDB dan SRC, tidak boleh dipertikaikan bahawa selepas APANDI ALI (sebagai Peguam Negara pada masa itu) melepaskan NAJIB RAZAK melalui Sidang Media pada 26.01.2016 daripada sebarang kaitan dengan isu 1MDB dan SRC, beliau telah masih benarkan Kertas Siasatan yang ditelitinya itu tetap dibuka dan mengarahkan pihak POLIS dan SPRM teruskan dengan siasatan bagi perolehan mana-mana bukti lanjut untuk penelitian beliau sebagai Peguam Negara !

( https://www.malaysiakini.com/news/339266 & https://www.malaysiakini.com/news/400003 & https://malaysiadateline.com/…/peguam-negara-tutup-kes…/

9. Walhal, pada awal siasatan dan penelitian segar dan semula selepas kejatuhan Kerajaan NAJIB RAZAK, oleh pihak berkuasa POLIS dan SPRM serta Peguam Negara, yang kesemuanya di bawah teraju yang baru, ada juga kenyataan yang telah dikeluarkan tentang alegasi penyembunyian bahan siasatan di era APANDI ALI, yang kemudiannya tidak mencetuskan apa-apa tindakan terhadap beliau setakat ini, melainkan pemberhentian APANDI ALI sebagai Peguam Negara pada 14.05.2018 !

(Sila Sila lihat link berkaitan : https://www.bharian.com.my/…/peguam-negara-nafi-sorok… & https://www.malaysiakini.com/news/478196 )

10. Maka PERSOALAN UTAMA yang muncul di sini tentang ETIKA GUAMAN yang menampilkan KETIDAKLAYAKAN di pihak APANDI ALI untuk kini mewakili JHO LOW, jika Laporan THE EDGE MARKET itu adalah betul dan tepat, adalah :

“Bukankah pada masa APANDI ALI menerajui kerusi Peguam Negara Malaysia dan meneliti Kertas Siasatan 1MDB dan SRC berkaitan NAJIB RAZAK, isu-isu tentang penglibatan JHO LOW semestinya juga telah terpancar seterang-terangnya di mata dan fikiran APANDI ALI sebagai Peguam Negara ketika itu ??!!””

11. Hatta, PERSOALAN KEDUA yang muncul secara lanjutan adalah :

“Bukankah, atas perkara itu, jelas subjek perkara yang diteliti oleh APANDI ALI semasa dia memegang jawatan sebagai Peguam Negara TERAMAT BERTINDAN dengan subjek perkara tugasan beliau sebagai Peguam Swasta tempatan untuk JHO LOW, di mana subjek perkaranya adalah jenayah berkaitan1MDB dan SRC ??!!”

12. Hatta, bukan sahaja APANDI ALI perlu tampil memberi penjelasan berkaitan persoalan adakah kehadiran beliau dalam rundingan Skandal 1MDB di antara Kerajaan Malaysia dengan JHO LOW itu adalah sebagai Peguam Swasta tempatan JHO LOW ataupun sebagai Wakil Kerajaan Malaysia ataupun mana-mana PIHAK KETIGA yang Rakyat Malaysia tidak ketahui, malah persoalan yang sama itu juga WAJIB dijawab oleh pihak Kerajaan Malaysia yang menghadiri rundingan itu serta Peguam Negara Malaysia terkini, TS IDRUS HARUN !!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...