Mohamed Haniff Khatri Abdulla
تيندقن اسماعيل صبري تيدق چمڤوري كيس محكمه نجيب، زاهيد تڤت
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Petang semalam, 21.08.2021, seorang rakan pemberita telah menghubungi saya untuk perolehi pandangan perundangan berkaityan apa yang dikatakan ketiadaan campur tangan di pihak Perdana Menteri DS ISMAIL SABRI YAAKOB di dalam mana-mana perbicaraan jenayah yang sedang dihadapi oleh para pempin, walaupun dari partinya sendiri iaitu UMNO, samada NAJIB RAZAK mahupun ZAHID HAMIDI sekalipun.
2. Pandangan saya itu telah dipetik dan dilaporkan oleh SINAR PREMIUM 22.08.2022 bertajuk “Tindakan Ismail Sabri tidak campur tangan kes Najib, Zahid tepat” yang dimuat naik di Ruang Bawah :
SINAR PREMIUM 22.08.2022 :
‘Tindakan Ismail Sabri tidak campur tangan kes Najib, Zahid tepat’ –
Haniff Khatri :
“Semua pihak perlu menghormati prinsip pengasingan kuasa antara badan eksekutif, perundangan dan kehakiman
Pengamal undang-undang dan penganalisis politik bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengambil pendirian berkecuali dalam kes mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Tindakan Ismail Sabri itu menunjukkan kerajaan menghormati kedaulatan undang-undang dan konsep pengasingan kuasa antara badan eksekutif, perundangan dan kehakiman seperti diperuntukan mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, perbuatan Ismail Sabri tidak masuk campur dalam perbicaraan kes Najib dan Zahid Hamidi atau kes mahkamah lain adalah langkah terbaik dan memenuhi aspirasi rakyat yang mahu melihat sistem kehakiman dan perundangan negara berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Haniff Khatri berkata, tindakan itu perlu kerana sistem kehakiman, perundangan dan parlimen di negara ini mestilah bebas daripada kawalan dan campur tangan kerajaan sama ada secara baik atau jahat.
“Tindakan Ismail Sabri enggan campur tangan dalam kes Najib mahu pun Zahid Hamidi atau kes lain adalah tepat dari segi perlembagaan bukan politik. Sama ada tindakan Ismail Sabri itu dianggap satu pengkhianatan terhadap Najib dan Zahid Hamidi itu adalah masalah politik,” katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Premium pada Ahad.
Terdahulu, Najib dalam satu hantaran di Facebooknya melahirkan rasa terkilan dan kesal kerana bantuan ikhlas diberikan olehnya kepada individu dan pemimpin politik tertentu dibalas dengan pengkhianatan”
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!
