Tindakan Menteri Kanan ‘sekat’ Nga Kor Ming bercanggah dengan akujanji kerajaan

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

تيندقن منتري كانن ءسكتء ڠا كور ميڠ برچڠڬه دڠن اكوجنجي كراجأن

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada petang tadi MALAYSIAKINI 20.09.2021 bertajuk “Laporan: Menteri kanan ‘sekat’ Nga pengerusikan sidang Dewan Rakyat” telah melaporkan:




“Sebuah akhbar Cina melaporkan bahawa seorang “menteri kanan kabinet” menghalang anggota parlimen Pembangkang, Nga Kor Ming dihalang daripda mempengerusikan sesi petang persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Sin Chew Daily, Nga telah diundang, secara bertulis, untuk mempengersikan sidang itu oleh speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Laporan itu mendakwa bahawa keputusan berkenaan ditarik balik susulan “tekanan” daripada “menteri kanan kabinet” tersebut yang menghubungi speaker pada jam 1.50 tengah hari tadi ketika wakil rakyat sedang berehat rehat.

Berikutan itu, Azhar mempengerusikan sidang Dewan Rakyat yang bermula pada jam 2.30 petang.”

(Laporan penuh MALAYSIAKINI 20.09.2021 bertajuk “Laporan: Menteri kanan ‘sekat’ Nga pengerusikan sidang Dewan Rakyat”)

2. Kandungan Laporan itu pada dasarnya, JIKA BENAR, menampilkan satu permasalahan dan kerungsingan kerana, JIKA TIDAK DIBUKTIKAN SEBALIKNYA, menampilkan SALAHLAKU atau SALAHCAMPUR pihak Eksekutif melalui Menteri dengan tanggungjawab, kuasa dan budibicara SPEAKER berkaitan hak menjemput mana-mana Ahli Dewan Rakyat untuk mempengerusikan secara sementara mana-mana persidangan Dewan Rakyat pada bila-bila masa, atas alasan-alasan berikut :

a. Sememangnya pada masa ini terdapat satu jawatan Timbalan Speaker yang kosong akibat dari peletakan jawatan AZALINA OTHMAN SAID (Pengerang) pada 23.08.2021, yang menyebabkan beban yang dipikul oleh SPEAKER Dewan Rakyat dan Timbalannya, iaitu AZHAR HARUN dan RASHID HASNON (Batu Pahat) menjadi berat dan perlu diagihkan dengan teliti untuk mempermudahkan kelicinan perjalanan persidangan Dewan Rakyat.

Loading...

(Link Laporan : https://www.bharian.com.my/…/azalina-letak-jawatan…)

b. Walaupun sebelum persidangan Dewan Rakyat kali ini bermula pada 13.09.2021, ada Laporan yang mengatakan bahawa terdapat Usul yang dimajukan untuk dibentangkan pelantikan Timbalan Speaker baru, tetapi pada 14.09.2021 Usul itu telah ditangguhkan di atas kenyataan Kerajaan melalui Menteri Parlimen dan Undang-Undang WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR, dan oleh itu kekosongan satu kerusi Tiimbalan Speaker itu, masih belum diisi secara rasmi.

(Link Laporan: https://www.astroawani.com/…/pemilihan-timbalan-speaker…)

c. Walhal, tanggungjawab, hak dan budibicara SPEAKER untuk menjemput mana-mana Ahli Dewan Rakyat untu mempengerusikan secara sementara mana-mana persidangan Dewan Rakyat pada bila-bila masa adalah dinyatakan dengan jelas di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (Standing Orders) iaitu secara khusus Peraturan 7(3) yang berbunyi :

“Peraturan 7(3) :

Pada bila-bila masa mesyuarat bersidang, Tuan Yang di-Pertua boleh meminta seseorang ahli mempengerusikan mesyuarat itu bagi sementara dengan tidak payah diberitahu Majlis Mesyuarat dengan secaranya dan ahli yang mempengerusikan ini tetaplah terserah kepadanya semua kuasa-kuasa Tuan Yang di-Pertua sehingga Tuan Yang di-Pertua balik semula mengetuakan mesyuarat.”,

d. Walhal, baru-baru ini dalam Mesyuarat Persidangan Dewan Rakyat pada minggu lalu, secara khusus pada 15.09.2021, yang mana dilakukan melalui Peraturan 7(3) yang sama, tidak pun dibantah oleh mana-mana Ahli Dewan Rakyat, samada blok Kerajaan mahupun blok Pembangkang ataupun Bebas, seperti yang dilaporkan MALAYSIAKINI 15.09.2021 bertajuk “Azalina jadi timbalan speaker sementara waktu” :

“Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said hari ini mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat sesi petang sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat buat sementara waktu.

Menjelaskan kekeliruan ahli parlimen yang ada di Dewan, Azalina berkata Speaker Azhar Azizan Harun memintanya berbuat demikian bawah peraturan mesyuarat 7(3).

“Saya telah diminta Speaker di bawah 7(3) diminta untuk pengerusikan mesyuarat bagi sementara waktu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.”, dan

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/591491)

e. Kedua-dua yang telah dijemput oleh SPEAKER Dewan Rakyat AZHAR HARUN untuk mempengerusikan mesyuarat itu bagi tujuan sementara, iaitu AZALINA OTHMAN SAID (Pengerang) dan NGA KOR MENG (Teluk Intan) masing-masing sudahpun mempunyai pengalaman menjadi Timbalan Speaker dalam persidangan Dewan Rakyat Penggal Ke-14 ini.

3. Justeru, perlu ditekankan bahawa, JIKA BENAR ada sekatan yang dibuat kepada SPEAKER Dewan Rakyat itu, maka ianya bukan sahaja adalah SALAHLAKU atau SALAHCAMPUR pihak Eksekutif melalui Menteri berkenaan, malah ianya adalah BERCANGGAH dengan AKUJANJI Kerajaan untuk mengadakan “REFORMASI PARLIMEN” seperti yang ditandatangani oleh pihak Kerajaan di bawah ISMAIL SABRI YAAKOB dengan pihak Pembangkang – Pakatan Harapan pada 13.09.2021 yang lalu, dan menampilkan persoalan ke atas keikhlasan Kerajaan berhubung hasrat “REFORMASI PARLIMEN” yang diwar-warkan itu.

4. Adalah disarankan Perdana Menteri Ke-9, ISMAIL SABRI YAAKOB memandang serius Laporan berkenaan, dan JIKA BENAR, maka ianya adalah terpenting secara serta merta untuk memperbetulkan perkara itu dengan permintaan maaf terbuka oleh Menteri berkenaan di dalam Dewan Rakyat serta kepada orangramai, Rakyat Malasyia.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!

WAJIB BACA:

MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...