Tindakan peguam Najib memohon larangan sementara terhadap media tepat sekali

TTF: Tindakan Muhammad Shafee mengemukakan permohonan agar mahkhamah mengeluarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes melibatkan bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak adalah tepat sekali.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujah peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan Peguam Negara, Tommy Thomas.




Mahkamah memerintahkan perintah itu berjalan sehingga 8 Oktober sebelum Muhammad Shafee membuat permohonan rasmi berhubung isu itu pada tarikh sama.

Terdahulu, Muhammad Shafee mengemukakan permohonan itu atas alasan anak gumanya menghadapi ‘perbicaraan’ oleh media sejak beliau bukan lagi Perdana Menteri.

“Orang awam membuat kenyataan seolah-olah Najib sudah didapati bersalah. Saya memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya tiada perbincangan di media berhubung merit kes itu.

“Perintah menghalang ini perlu bagi memastikan anak guam saya mendapat perbicaraan adil. Ia juga bagi mengawal penyebaran dokumen mahkamah dan merit kes sehingga boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam perbicaraan,” katanya.

Sementara itu, Thomas membantah kerana permohonan seumpama itu belum pernah dikemukakan sebelum ini dan ia menafikan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Sumber: Berita Harian Online

Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would help us bring more such content in the future. For as little as RM10, you can support The Third Force, and it only takes a minute. Click the donate button on the top right or follow the link HERE if you intend to make a contribution. Thank you.

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...