Tinjauan awal (calon PM): Mahathir raih undi terbanyak, Ismail Sabri, Anwar jauh ketinggalan

“Tonton juga penjelasan secara live di sini (KLIK DI SINI)

Raggie Jessy Rithaudeen

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan calon pilihan utama bagi jawatan perdana menteri, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan calon pilihan kedua.




Demikian menurut tinjauan online yang dilancarkan petang Ahad (KLIK DI SINI).

Berbanding Muhyiddin, yang memperolehi 26 peratus undi, Mahathir jauh mendahului dengan 51 peratus undi, sekaligus menangkis dakwaan laskar siber di media social kononnya beliau “tidak relevan.”

Manakala itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencatatkan pencapaian terburuk (0%), diikuti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang hanya berjaya memperolehi 4 peratus undi (setakat terbitan ini).

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula memperolehi 18 peratus undi.

Undian ini masih terbuka (KLIK DI SINI UNTUK MENGUNDI) dan akan terus dibuka sehingga 17hb November 2022.

Dalam perkembangan lain, satu tinjauan baharu bagi gabungan pilihan rakyat turut dibuat, kali ini dengan anggapan GTA dan Perikatan Nasional tidak akan bekerjasama (KLIK DI SINI).

Keputusan awal menunjukkan GTA mendominasi dengan 44 peratus undi, diikuti dengan Perikatan Nasional (29% undi), Pakatan Harapan (18% undi) dan Barisan Nasional (8% undi).

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...