
تينجاوان: ڤڽوكوڠ امنو، ڤاس تيدق سهالوان ايسو كڤيمڤينن محي الدين
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Satu tinjauan yang dibuat oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati, sebilangan besar penyokong UMNO (72 peratus) bersetuju jika Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.
Manakala itu, kebanyakan penyokong PAS (74 peratus) dikatakan mahu Muhyiddin kekal mentadbir sehigga habis penggal parlimen.
Tinjauan ini turut mendapati hanya satu daripada lima responden menyokong Muhyiddin kekal mentadbir sehigga habis penggal parlimen.
Tinjauan ini jelas menunjukkan perpecahan ketara dalam undi penyokong PAS dan UMNO dan mencerminkan kegagalan misi penyatuan ummah yang diwar-warkan menerusi penubuhan Muafakat Nasional.
PETALING JAYA: Satu tinjauan yang dibuat oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati, sebilangan besar penyokong UMNO (72 peratus) bersetuju jika Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.
Manakala itu, kebanyakan penyokong PAS (74 peratus) dikatakan mahu Muhyiddin kekal mentadbir sehigga habis penggal parlimen.
Tinjauan tersebut membabitkan 8,352 individu yang ditinjau oleh IDE antara 19 Februari dan 28 Februari lalu.
Menurut IDE, kaedah persampelan yang digunakan adalah berdasarkan “persampelan berperingkat, manakala profil responden adalah merangkumi jantina, umur, kaum, sokongan kepada parti dan trend keputusan PRU14.
Tinjauan ini turut mendapati penyokong UMNO dan PAS tidak sepakat berhubung kejayaan Muhyiddin menangani wabak Covid-19.
Dalam pada 69 peratus penyokong UMNO berpendirian kepimpinan Muhyiddin gagal mengawal penularan Covid-19 secara berkesan, 86 peratus penyoking PAS berpendapat sebaliknya.
Menurut IDE, data ini menunjukkan perbezaan ketara sikap penyokong UMNO dan PAS.
“Jelas berdasarkan data responden penyokong UMNO, mereka mempunyai persepsi yang rendah dan negatif terhadap Kerajaan Perikatan Nasional khususnya suara akar umbi.
“Justeru senario ini mengesahkan penolakan UMNO terhadap Perikatan Nasional dan pelbagai konflik yang timbul antara keduanya.
“Sikap penyokong PAS dilihat berbeza; lebih bersikap positif dan pragmatik terhadap kepimpinan TSMY dan Kerajaan Perikatan Nasional,” kata tinjauan itu.
“Senario ini juga menjadi tanda tanya terhadap kedudukan PAS samada untuk memilih antara dua gabungan iaitu bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional, atau bersama UMNO dalam Muafakat Nasional pada PRU 15 akan datang,” kata IDE.
Tinjauan ini turut mendapati hanya satu daripada lima responden menyokong Muhyiddin kekal mentadbir sehigga habis penggal parlimen.
Tinjauan ini jelas menunjukkan perpecahan ketara dalam undi penyokong PAS dan UMNO dan mencerminkan kegagalan misi penyatuan ummah yang diwar-warkan menerusi penubuhan Muafakat Nasional.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
There is a Mexican Standoff, and what happens next will change Malaysian politics forever
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
