Tinjauan PRU15: 66 peratus jangka Zahid & Anwar kalah, UMNO & PKR terus di tangga bawah

Raggie Jessy Rithaudeen

تينجاوان ڤرو15: 66 ڤراتوس جڠك زاهيد & انور كاله، امنو & ڤقر تروس د تڠڬ باوه

Keputusan awal tinjauan yang dimulakan malam Isnin mendapati 66 peratus yang mengundi menjangkakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masing-masing akan kalah di kawasan parlimen yang ditandingi.




Tinjauan berkenaan (KLIK DI SINI UNTUK MENGUNDI) memberi empat pilihan kepada umum, termasuk kemungkinan kedua-dua Zahid dan Anwar menang pilihan raya.

Hanya enam peritus berpendapat kedua-dua Zahid dan Anwar boleh menang.

Sementara itu, PAS mendahului tinjauan parti pilihan rakyat dengan perolehan undi 43 peratus, manakala PEJUANG menduduki tempat kedua dengan 36 peratus undi.

UMNO dan PKR kekal pada tangga-tangga terbawah (UMNO 2 peratus, PKR 5 peratus), manakala Bersatu mencatatkan perolehan undi sebanyak lapan peratus.

Undian ini akan kekal terbuka sehingga Khamis ini, dan keputusan penuh semua tinjauan (termasuk tinjauan Perdana Menteri pilihan rakyat) akan dibacakan pada hari yang sama.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...