Titah Agong bukti Muhyiddin sendiri mahu parlimen digantung, bukan Tuanku

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raggie Jessy Rithaudeen

تيته اڬوڠ بوقتي محي الدين سنديري ماهو ڤرليمين دڬنتوڠ، بوكن توانكو

Pada 12hb Januari 2021, setelah menghadap Yang Di-Pertuan Agong pada hari sebelumnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku agar Darurat diisytiharkan berkuatkuasa sehingga 1hb Ogos 2021.

Dalam perutusan rasminya, Muhyiddin turut mengumumkan penggantungan sidang parlimen dan Dewan Undangan Negeri “sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Yang Di-Pertuan Agong.”




Pengumuman itu memberikan persepsi seolah-olah Seri Paduka Baginda Tuanku sendiri inginkan sidang parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung dalam tempoh Darurat.

Tetapi nyata sekali perkara ini tidak benar.

Sebentar tadi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Dalam mengumumkan perkara ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata kebenaran untuk parlimen bersidang termaktub dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang diwartakan pada 14hb Januari 2021.

Menurutnya, sub perenggan 14 (1)(b) ordinan tersebut menetapkan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Fadil berkata, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat.

Loading...

Malah, kenyataan rasmi Istana Negara bertarikh 12hb Januari 2021 memaklumkan bahawa Muhyiddin telah memohon Yang di-Pertuan Agong supaya mengisytiharkan darurat di seluruh negara tetapi tidak menyebut bahawa Parlimen akan digantung.

Namun, gambaran yang diberikan oleh Muhyiddin dalam perutusan rasminya kepada rakyat jelata yang kurang arif selok belok perlembagaan ialah Yang Di-Pertuan Agong sendiri inginkan sidang parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung.

Nyata sekali gambaran ini tidak benar, dan perkara ini terbukti menerusi titah Yang Di-Pertuan Agong yang memperjelaskan kedudukan sebenar Seri Paduka Bagunda Tuanku dari sudut kaca mata perlembagaan.

Ini sekaligus memperkasakan tanggapan unum bahawa nasihat yang diberikan oleh Muhyiddin kepada Yang Di Pertuan Agong berhubung pengisytiharan Darurat bermotifkan politik dan berniat melindungi kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional daripada tumbang setelah kehilangan majoriti.

Maka benarlah apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu perutusan yang dibuat pada 16hb Febuari 2021, Mahathir berkata, bukan hanya Muhyiddin telah kehilangan majoriti ketika menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat, alasan yang diberikannya berhubung keperluan Darurat adalah satu pembohongan.

“Dengan kuasa Darurat, parlimen digantung supaya dirinya tidak boleh disoal atau dicabar. Warta kerajaan (pula) mengguna nama Yang Di-Pertuan Agong supaya Muhyiddin dilindungi.

“Segala-gala didakwa sebagai kehendak Yang Di-Pertuan Agong. Ini termasuklah mengekal kuasa Perdana Menteri dan kabinetnya.

“Ini menjadi(kan) kerajaan ini kerajaan kuku-besi – dengan mengguna nama (Yang Di-Pertuan) Agong, ia menggambarkan Agong sebagai diktator yang zalim.

“Sebaliknya, undang-undang ini dibuat oleh kerajaan (pimpinan) Muhyiddin.”

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...