
“Hakikatnya, jika lebih 111 ahli Dewan Rakyat memutuskan di Dewan Rakyat untuk tidak sokong Perdana Menteri, Perdana Menteri wajib menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk samada letak jawatan atau mengusulkan pembubaran parlimen”
TONTON PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Raggie Jessy Rithaudeen
Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan semua Ahli Parlimen bahawa baginda tidak akan melayan sebarang permintaan untuk menjatuhkan kerajaan.
Titah Sultan Ibrahim, semua pihak tidak kira pembangkang atau kerajaan sekalipun perlu menghormati pemerintahan yang dibentuk selepas Pilihan raya Umum ke-15.
Sultan Ibrahim turut menasihatkan agar semua pihak menerima kenyataan dan tidak bermain politik untuk menggugat kestabilan politik negara.
Dalam Titah Diraja tersebut, baginda juga menegaskan bahawa Ahli Parlimen perlu menunggu pilihan raya yang akan datang jika mahu ‘bermain politik’.
Tidak ada sebarang cacat cela mahupun ‘keganjilan’ dalam titah Yang Di-Pertuan Agong, dan apa yang dititahkan tidak melanggar konsep Raja Berperlembagaan mahupun prinsip Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara ini.
Pada pengamatan saya, apa yang dititahkan merupakan nasihat dan teguran Yang -Di-Pertuan Agong agar politik tidak dijadikan asas kepada usaha untuk ‘menumbangkan’ kerajaan menerusi permintaan kepada Baginda Tuanku.
Tidak pernah pada bila-bila masa Yang Di-Pertuan Agong menitahkan bahawa perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak lagi dilayan atau diiktiraf.
Hakikatnya, jika lebih 111 ahli Dewan Rakyat memutuskan di Dewan Rakyat untuk tidak sokong Perdana Menteri, Perdana Menteri wajib menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk samada letak jawatan atau mengusulkan pembubaran parlimen.
Sekiranya…
TONTON PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
