Titik permulaan persengketaan Melayu-Cina (Bahagian Satu)

Raja-raja Melayu turut murka kerana tahu bahawa ketua-ketua perkumpulan Cina di tanah air tidak pernah menganggap diri mereka sebagai hamba raja dan mengaku bahawa mereka berada di tanah air “hanya untuk melakukan aktiviti perdagangan, tanaman dan perlombongan”

Raggie Jessy Rithaudeen

Sejak Tun Dr Mahathir Mohamad melemparkan kritikan terhadap orang Melayu-Islam, saya terpanggil untuk memberi pandangan melihatkan situasi terkini di mana media sosial dibanjiri pelbagai pendapat yang lebih cenderung ke arah emosi.




Ya, tidak patut Tun melemparkan tuduhan kononnya Melayu-Islam ini pemalas dan leka dengan hanya merujuk kepada cebisan-cebisan sejarah yang mampu menyokong hujahnya tanpa langsung mendalami sejarah tanah air dalam konteks penjajahan dan pendatang.

Tetapi dalam masa yang sama, masyarakat Melayu-Islam turut perlu menghayati masalah sebenar yang menjurus kepada perbalahan antara kaum, terutamanya antara Melayu-Islam dan Cina, dan berhenti berpura-pura bahawa kaum Cina dan Melayu-Islam saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan mampu hidup dalam keadaaan harmoni.

Hakikatnya, negara kita pada ketika ini berada dalam fasa kritikal, di mana rata-ratanya, golongan Melayu-Islam berusia 40 tahun ke atas kian membenci orang Cina dan melabelkan masyarakat Cina sebagai “masyarakat kafir harbi,” “puak belaan DAPigs” dan sebagainya.

Biarpun DAP merupakan pihak yang sedang giat mencucuk jarum kebencian, persengketaan antara Melayu-Islam dan Cina sebenarnya dimulakan oleh gandingan taiko-taiko Cina dan British yang sememangnya memasuki perjanjian-perjanjian sulit di penghujung abad ke 19 untuk memastikan bahawa golongan petani dan nelayan tidak akan merayau keluar daripada kepompong ekonomi masing masing.

Amat panjang ceritanya jika ingin kita perhalusi dari pucuk ke pangkal, walaupun secara keseluruhannya, pihak British amat memerlukan bantuan kongsi-kongsi Cina yang pada ketika itu ‘memiliki’ setiap pendatang yang bekerja di lombong-lombong bijih dan pusat-pusat dagangan.

Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Cina pada ketika itu amat berdikari dan rela bekerja keras. Ini kerana mereka terdiri daripada golongan pelarian yang samada terjebak dengan aktiviti kongsi gelap di China dan sedang diburu oleh taiko-taiko besar ataupun amat terhimpit dengan keadaan hidup yang serba kekurangan di China.

Pelarian-pelarian ini mendapat khabar bahawa taiko-taiko Cina di sini diterima baik oleh British dan diberi begitu banyak peluang dalam sektor perlombongan dan perladangan. Setibanya mereka di tanah air, mereka diberi perlindungan oleh kongsi-Kongsi Cina di sini yang turut melarikan diri daripada saingan mereka di China.

Pelarian-pelarian ini dipaksa ‘mendaftarkan’ diri dengan kongsi-kongsi yang ada berdasarkan rumpun masing-masing dan bersetuju agar upah dan sara hidup mereka akan ditentukan dan dikawal oleh taiko-taiko yang mengetuai kongsi-kongsi tersebut.

Dengan strategi “menang-menang” ini, pihak British mampu mendapatkan buruh kasar bagi mengerjakan lombong tanpa mengeluarkan sesen pun di mana kontrak-kontrak membuka lombong diberikan terus kepada ketua-ketua kongsi, tokong, persatuan-persatuan Cina dan sebagainya (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “perkumpulan Cina”).

Untuk memastikan bahawa pihak British sentiasa akan memerlukan bantuan mereka, ketua-ketua perkumpulan Cina ini sengaja mencetuskan pelbagai perbalahan yang serius melibatkan cabang-cabang kongsi bawahan sebelum ‘membantu’ pihak British mengawal keadaan.

Pihak British sebenarnya tahu apa yang berlaku tetapi terpaksa menutup sebelah mata sambil memasuki perjanjian-perjanjian baru dengan ketua-ketua perkumpulan Cina setiap kali tercetus pergaduhan.

Dengan cara ini, ketua-ketua perkumpulan Cina beransur-ansur memiliki tanah di kawasan yang tidak jauh dari pusat perlombongan dan mula membina rumah-rumah kedai di tanah tersebut. Dalam sekelip mata sahaja, akan wujud pusat perdagangan baru yang membantu pihak British untuk dagangkan hasil-hasil sumber dari lombong dan ladang.

Kesemua ini teramat menguntungkan pihak British yang tidak perlu mengeluarkan satu sen pun.

Apabila seseorang Melayu-Islam cuba untuk berniaga di pusat-pusat perdagangan ini, tauke-tauke Cina yang bongkak dan sombong sengaja memberikan syara-syarat pinjaman yang tidak masuk akal agar hasil titik-peluh peniaga tersebut hanyut begitu sahaja.

Tauke-tauke ini kerap menghantar sebahagian besar dari dana yang dikumpul menerusi aktiviti perniagaan di pusat-pusat dagangan ini ke China dan menggunakan sebahagian lagi keuntungan yang dipungut menerusi pinjaman yang diberikan untuk aktiviti sembahyang di tokong-tokong.

Kesemua ini tidak disenangi oleh ketua-ketua kampung di sekitar pusat-pusat perdagangan.

Malah, sebilangan kecil daripada pengusaha ladang dan sawah kampung yang berani berniaga di pusat-pusat ini jatuh muflis dan terpaksa menjual ladang dan sawah mereka kepada tauke-tauke Cina pada harga yang teramat murah dan tidak masuk akal.

Kerap kali, penjualan ini akan dilakukan melalui proksi, di mana tauke-tauke Cina akan mencari golongan Chettiar yang meminjamkan duit kepada sesetengah pengusaha kampung dan memujuk Chettiar tersebut untuk menekan pengusaha sawah dan ladang sebelum mengambil alih tanah mereka.

Kaedah ini digunakan bagi mengelakkan persengketaan, kerana isu pemilikan tanah oleh orang Cina mula menjadi bahan perbualan di antara ketua-ketua kampung serta kumpulan-kumpulan pendekar yang memandang perkara ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan baru’.

Pihak istana pula amat tersinggung memandangkan aktiviti jual-beli tanah tersebut tidak pernah menerusi istana biarpun pihak British bersetuju bahawa raja-raja Melayu mempunyai kata penentu dalam soal urustadbir dan jual-beli tanah di negeri-negeri Melayu.

Raja-raja Melayu turut murka kerana tahu bahawa ketua-ketua perkumpulan Cina di tanah air tidak pernah menganggap diri mereka sebagai hamba raja dan mengaku bahawa mereka berada di tanah air “hanya untuk melakukan aktiviti perdagangan, tanaman dan perlombongan.”

Kesemua ini beransur-ansur menimbulkan kemarahan di kalangan ketua-ketua kampung dan kumpulan-kumpulan pendekar yang mula merasakan bahawa diri mereka dianiaya oleh masyarakat Cina yang sanggup mengaibkan masyarakat Melayu-Islam dan menghina raja-raja Melayu semata-mata bagi memenuhi kehendak cauvinis mereka.

Bersambung…


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...