TMJ: Demi agama, bangsa dan negara. Daulat Tuanku!

Nampaknya pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang Malaysia menarik balik penyertaan daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) disambut baik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail sebelum ini lantang mempersoalkan kewajaran penyertaan Malaysia dalam Statut Rom yang dikhuatiri boleh menggugat kedudukan Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi di negara ini.


 




KUALA LUMPUR: Nampaknya pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang Malaysia menarik balik penyertaan daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) disambut baik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hal itu dapat dilihat menerusi kenyataan ringkas penuh bermakna Tunku Ismail di dalam laman Twitter rasmi beliau beberapa jam selepas Dr. Mahathir membuat pengumuman berkenaan.

“‘Long live the King’. Demi agama, bangsa dan negara. Daulat Tuanku,” kata beliau hari ini tanpa merujuk secara langsung kepada mana-mana pihak.

Tunku Ismail sebelum ini lantang mempersoalkan kewajaran penyertaan Malaysia dalam Statut Rom yang dikhuatiri boleh menggugat kedudukan Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi di negara ini.

Tambahnya, kerajaan Pusat telah melakukan perkara yang tidak berperlembagaan berhubung isu ratifikasi Statut Rom di mana instrumen itu ditandatangani tanpa mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Jemaah Menteri pada 12 Disember 2018 telah memutuskan supaya negara menyertai statut berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah telah menandatangani Instrumen Kesertaan untuk Malaysia dalam statut berkenaan.

Loading...

ICC telah ditubuhkan di bawah Statut Rom dan telah berkuat kuasa pada tahun 2002.

Ia merupakan mahkamah jenayah antarabangsa yang pertama berasaskan triti dengan matlamat untuk melaksanakan siasatan dan dakwaan ke atas mana-mana individu yang disyaki melakukan jenayah antarabangsa yang sangat serius seperti genosid, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah pencerobohan.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...