TMJ: Jika perjanjian antarabangsa bagus, mengapa rakyat Palestin masih dizalimi?

Jelas TMJ, kerajaan Malaysia telah membelakangnya Majlis Raja-Raja dan perlembagaan apabila instrumen berkaitan ratifikasi Statut Rom ditandatangani. Sumber (gambar): The Star Online

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus mempersoalkan kewajaran memeterai perjanjian antarabangsa, selepas kerajaan Malaysia menarik diri daripada  meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Jelasnya, kerajaan Malaysia telah membelakangnya Majlis Raja-Raja dan perlembagaan apabila instrumen berkaitan ratifikasi Statut Rom ditandatangani.


KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus mempersoalkan kewajaran memeterai perjanjian antarabangsa, selepas kerajaan Malaysia menarik diri daripada  meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Menerusi akaun Twitter rasmi miliknya, Tunku Ismail menggunakan hujah keberkesanan perjanjian antarabangsa yang dipersetujui banyak negara namun kekejaman berterusan masih dialami rakyat Palestin.




“Jikalau perjanjian antarabangsa ini semua bagus, apa yang sedang berlaku kepada Palestin dan rakyat Palestin tidak akan berlaku,” kata Tunku Ismail pada Sabtu.

Tweet yang bermaksud sama juga dimuat naik dalam bahasa Inggeris.

Beliau sebelum ini lantang mempertikai kewajaran Malaysia menyertai Statut Rom yang dikhuatiri boleh menggugat kedudukan Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi di negara ini.

Jelasnya, kerajaan Malaysia telah membelakangnya Majlis Raja-Raja dan perlembagaan apabila instrumen berkaitan ratifikasi Statut Rom ditandatangani.

Namun begitu, apabila timbul bangkangan daripada pelbagai pihak mengenainya, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang akhbarnya pada Jumaat mengumumkan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom itu.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...