TMJ tidak setuju gaji minima RM1,050, cadang kaji semula mengikut ekonomi semasa

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail mencadangkan kerajaan Johor mengkaji semula kadar gaji minimum di negeri ini.

Tunku Ismail bertitah, baginda berharap kerajaan Johor berpendirian teguh dalam memastikan kebajikan pekerja dijaga dengan baik terutama penjawat awam.

Pengumuman itu berbeza dengan janji PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) iaitu akan menaikkan gaji minimum kepada RM1,500.

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail mencadangkan kerajaan Johor mengkaji semula kadar gaji minimum di negeri ini.

Titah baginda, kadar gaji minimum yang ditetapkan termasuk untuk penjawat awam sepatutnya dinaikkan mengikut peredaran dan ekonomi semasa.

“Saya ada berbicara dengan Menteri Besar Johor mengenai isu gaji minimum dan saya percaya rakyat Johor berhak mendapat yang lebih baik.

“Saya sedia maklum bahawa kerajaan negeri boleh menetapkan gaji minimumnya yang tersendiri.

“Oleh yang demikian, dengan tilik pandang Tuanku Sultan Johor, saya mencadangkan kerajaan negeri mengkaji semula isu gaji minimum penjawat awam di Johor dan sepatutnya dinaikkan mengikut peredaran dan ekonomi semasa,” titah baginda di akaun Facebook HRH Crown Prince Of Johor semalam.

Tunku Ismail bertitah, baginda berharap kerajaan Johor berpendirian teguh dalam memastikan kebajikan pekerja dijaga dengan baik terutama penjawat awam.

Titah baginda lagi, sebagai Tunku Mahkota Johor, keutamaan baginda adalah memelihara kepentingan rakyat dan berlaku adil.

“Oleh itu, saya juga telah memberi pendapat kepada Menteri Besar Johor untuk melihat sama ada satu skim gaji minimum boleh dilaksanakan di seluruh negeri untuk memberi manfaat kepada seluruh rakyat Johor,” titah baginda.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini mengumumkan kadar gaji minimum dinaikkan sebanyak RM50 daripada RM1,000 kepada RM1,050 berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Pengumuman itu berbeza dengan janji PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) iaitu akan menaikkan gaji minimum kepada RM1,500.

Kenaikan gaji minimum cuma RM50 itu menjadi bahan sindiran netizen yang menyifatkan ia memenuhi hasrat penyokong PH untuk kembali zaman lama “RM50 penuh satu troli”

Sumber: Mat Bawang

Comments

Comments

Comments

Comments