Tokoh-tokoh perniagaan serang Menteri Kewangan Malaysia, pertikai angka-angka yang didedah Zafrul

Zafrul berkata, pelaburan pada 2020 membabitkan hampir 3,000 projek dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama. Sumber (gambar): Fail TTF

توكوه-توكوه ڤرنياڬان سراڠ منتري كواڠن مليسيا، ڤرتيكاي اڠك-اڠك يڠ ددده زفرول

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dikritik tokoh perniagaan selepas catatan di media sosial mengenai tahap pelaburan asing di Malaysia tahun lalu, serta keyakinan pelabur terhadap negara.

Beliau mendakwa di LinkedIn bahawa pelaburan asing dan tempatan di Malaysia mencapai RM109.8 bilion bagi sembilan bulan pertama 2020.

Christian Angell Isaksen dari Collectr Sdn Bhd berkata: “Saya tidak faham apa hebatnya untuk pelaburan RM1.6 bilion menyediakan 1,800 pekerjaan. Itu sekadar bermaksud kos setiap pekerjaan adalah hampir RM900,000.”

Katanya, beliau berharapa Malaysia akan muka memfokuskan terhadap pelaburan teknologi dan insentif untuk menarik syarikat permulaan baru selain mengekalkan yang sedia ada.


PETALING JAYA: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dikritik tokoh perniagaan selepas catatan di media sosial mengenai tahap pelaburan asing di Malaysia tahun lalu, serta keyakinan pelabur terhadap negara.

Beliau mendakwa di LinkedIn bahawa pelaburan asing dan tempatan di Malaysia mencapai RM109.8 bilion bagi sembilan bulan pertama 2020.




“Bagus bukan, keyakinan pelabur yang berterusan untuk Malaysia?” katanya.

Bagaimanapun, Sven Schneider, ketua pegawai eksekutif Dewan Perniagaan Eropah mengulas catatan Zafrul itu berkata, ramai pelabur asing Eropah mempunyai pelbagai memandang dengan rasa bimbang kedudukan Malaysia sebagai “destinasi pelaburan yang berdaya maju”.

“Sehingga hari ini, Yang Berhormat Menteri tidak dapat bertemu pun dengan kami dan mendengar kebimbangan dihadapi kami,” katanya. “Tanpa maklumat ini, kementerian anda pasti tidak dapat menangani masalah sedia ada sewajarnya”.

Angka dipetik Zafrul itu turut dipertikaikan ketua eksekutif sebuah pusat beli-belah dalam talian dan laman e-perdagangan.

Christian Angell Isaksen dari Collectr Sdn Bhd berkata: “Saya tidak faham apa hebatnya untuk pelaburan RM1.6 bilion menyediakan 1,800 pekerjaan. Itu sekadar bermaksud kos setiap pekerjaan adalah hampir RM900,000.”

Katanya, beliau berharapa Malaysia akan muka memfokuskan terhadap pelaburan teknologi dan insentif untuk menarik syarikat permulaan baru selain mengekalkan yang sedia ada.

“Melihat keadaan sekarang, saya bimbang Malaysia akan ketinggalan berbanding semua negara lain di Asia Tenggara.”

Loading...

Zafrul berkata, pelaburan pada 2020 membabitkan hampir 3,000 projek dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama.

Katanya, skim Penjana Kapital membawa pelaburan daripada lapan pengurus dana moda teroka antarabangsa untuk RM1.57 bilion dalam perniagaan permulaan Malaysia membabitkan teknologi kewangan (fintech), teknologi pendidikan (edutech), teknologi pertanian (agritech), mobiliti serta kecerdasan buatan yang didakwanya mewujudkan 1,800 pekerjaan.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...