Tol Sg Nyior pun Guan Eng tak mampu nak mansuh, ada hati nak hapus tol Jambatan P. Pinang

AZIZI SAFAR

SEMALAM di Balik Pulau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi akujanji jika Barisan Nasional menang di Pulau Mutiara, tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah akan dimansuhkan.

Lim Guan Eng sebagai reaksi kepada akujanji BN itu berkata tol di Jambatan Pulau Pinang akan dihapuskan untuk semua kelas kenderaan jika Pakatan Harapan menang Putrajaya. Ini adalah janji ulangan dari Lim Guan Eng. Pada PRU13 dulu pun dia pernah menjajikan perkara yang sama.

Siapa Lim Guan Eng dalam PH? Apa itu PH? Ada daftarkah PH itu? Bertandingkah PH dalam PRU14 ini? Yang akan ada bertanding dalam PRU14 nanti hanya calon-calon PKR. DAP pun tak letak calon mereka di Semenanjung.

Seperkara lagi, calon perdana menteri dari PKR adalah orang yang sangat suka kutip tol. Dia kata tanpa tol macam mana syarikat konsesi nak buat penyelenggaran jalan dan jambatan. Setujukah dia dengan cadangan Lim Guan Eng untuk mansuhkan tol di Jambatan Pulau Pinang? Memansuhkan tol akan melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan.

Jika mansuh tol untuk semua kelas kenderaan di Jambatan Pulau Pinang, semua orang akan pakai laluan percuma itu. Akibatnya tiada kenderaan akan guna Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang bertol. Jika siap terowong bawah dasar laut Lim Guan Eng nanti pun orang tidak akan guna sebab kena tol.

Maka Jambatan Pulau Pinang akan kekal jadi pilihan utama dan kesesakan di atas jambatan itu makin parah dan teruk. Oleh yang demikian tiada lagi keperluan untuk teruskan pembinaan terowong bawah dasar laut Lim Guan Eng yang kononnya akan dibina sebagai penyelesaian masalah kesesakanlalu lintas di atas bahagian pulau Negeri Pulau Pinang.

Lim Guan Eng juga perlu berani sebut dia tidak akan kenakan tol untuk laluan di terowong bawah dasar laut yang katan dia akan dia bina mulai tahun 2023 nanti. Lim Guan Eng perlu buat pengumuman konsesi kutip tol terowongbawah dasar laut selama 30 tahun itu juga akan dibatalkan.

Hentikan penipuan Lim Guan Eng. Tol Sungai Nyior pun dia tak mampu nak mansuhkan. 10 tahun dah janji itu. Nak bayar gantirugi kepada syarikat konsesi pun dia tak mahu. Apa dia ingat mansuhkan tol itu tak kena bayar gantirugi kepada syarikat konsesi ka? Ingat free ka? Ini semua sebab perjanjian lobsided yang bakal PM PH itu buat dulu jugak lah.

Source: The Rakyat

Comments

Comments