Tolak parti dan pemimpin politik tidak bermoral

Hadi menyeru pemuda memelihara teras penting dan utama tersebut yang menunjukkan pancaram iman, akidah di mana meletakkan politik sebagai ajaran agama yakni politik bersih dan mulia. Sumer (gambar): Fail TTF

PAS menolak pemimpin parti politik yang ‘aktiviti’ partinya tidak bermoral, bahkan menganggap ia isu kecil dan enteng, demikian bidas Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Bukan macam parti yang menganggap moral perkara kecil, enteng, ringan. Apalagi keruntuhan moral menjadi ‘aktiviti’ partinya. Ada parti yang ‘aktiviti’ dia video, ‘aktiviti’ parti dia mengaku,” kata beliau.


KUANTAN: PAS menolak pemimpin parti politik yang ‘aktiviti’ partinya tidak bermoral, bahkan menganggap ia isu kecil dan enteng, demikian bidas Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Perkara itu dinyatakannya ketika dijemput berucap sempena kunjungannya ke Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60 di Dewan Konvensyen Bukit Gambang Resort City, di sini sebentar tadi.

Tegas beliau, politik Islam adalah politik bermoral dan berakhlak, malah PAS tidak teragak-agak memecat sesiapa sahaja dalam pimpinannya yang tidak bermoral.


“Bukan macam parti yang menganggap moral perkara kecil, enteng, ringan. Apalagi keruntuhan moral menjadi ‘aktiviti’ partinya. Ada parti yang ‘aktiviti’ dia video, ‘aktiviti’ parti dia mengaku.

“Kita mahu ke pemimpin negara, pemimpin parti yang macam ini? Media, laporkan; PAS menolak pemimpin parti politik yang ‘aktivitinya’ tidak bermoral. Kita tak mahu sebut nama, siapa makan cili api dia rasa pedas.

“Kalau sayalah, kalau anak buah macam ini, saya letak jawatan. Bubar sahaja parti. Kepada kita, moral adalah teras yang penting dalam parti, dalam jamaah,” ujarnya dalam kunjungan istimewa bagi perwakilan dan pemerhati itu.

Terangnya, hal tersebut kerana memelihara jati diri dan teras kekuatan yang bergerak dalam kehidupan di mana PAS rela rebah bangun dalam pilihan raya, tetapi tidak rebah dalam perjuangan.

Beliau menyeru pemuda memelihara teras penting dan utama tersebut yang menunjukkan pancaram iman, akidah di mana meletakkan politik sebagai ajaran agama yakni politik bersih dan mulia.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...