Ellie Suriaty
Negaraku Malaysia.
Sejarah tidak boleh di ubah. Jika ia di ubah atau di manipulasi maka hilanglah kewujudan sesuatu Bangsa dan Agama. Hilanglah jatidiri di dalam jiwanya, juga hilanglah integriti manusiawinya.
Mana mungkin saya melupakan jasa orang2 terdahulu yang berkorban nyawa, darah dan airmata demi bumi bertuah yang Tercinta ini sehingga kita mencapai kemerdekaan 60 tahun lalu.
Tanah Melayu ini pernah di jajah Portugis, Inggeris dan Jepun malah komunis pernah berleluasa selama 2 minggu pada tahun 1945 lalu di sanggah pejuang2 Melayu, pejuang2 Orang Asli dan suku etnik demi Tanah Air tercinta.
Tanah Melayu ini tetap bangkit untuk memeterai Kemerdekaan pada tahun 1957. Bermula dengan Bapak Kemerdekaan iaitu Tunku Abd Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Seri Mohd NajibTun Razak dan kini Tun Dr Mahathir Mohamad semula, Malaysia ini telah berkembang pesat menjangkaui masa…
Sebuah negara dengan sistem Raja Berperlembagaan serta Demokrasi, dengan mengamalkan Dasar Ekonomi Baru dan Luar Bandar, Menjaga Perpaduan berbagai Agama, Bangsa, dan Kaum yang di Pelihara Kepentingannya. Rukun Negara 5 perkara mengikat erat semangat masyarakat majmuk kekitaan.
Malaysia ini sudah lama Malaysian. Kita adalah Malaysian terdiri dari berlainan Agama, berbilang bangsa, suku, kaum serta saling menyayangi di antara satu sama lain. Sama2 lah kita menghormati Malaysia. Malaysia ini bukan untuk di renggut, bukan untuk di tikam dari dalam, bukan untuk di hancurkan daging, akar umbinya. Malaysia ini bukan sebuah Negara untuk di rosakkan akal dan jiwanya sehingga menjadi huru hara isinya!
Saya mengucapkan jutaan Terima Kasih di atas segala jasa setiap individu yang telah berkhidmat di dalam Kerajaan Barisan Nasional. Pelbagai bantuan yang telah Kerajaan BN sediakan dan salurkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dari setiap sektor awam mahu pun dari pihak Kementerian.
Begitu juga badan2 beruniform, pihak polis dan tentera yang telah menjaga keamanan Negara.Kerajaan BN telah membawa keharmonian sesama bangsa, sebagaimana aman makmur bumi Malaysia sebelum ini. Tolonglah jangan huru harakan Malaysia.
