Tommy Thomas dakwa kes Altantuya perlu dibuka semula kerana ‘cerita tidak lengkap’

Tommy Thomas mendakwa tidak masuk akal apabila hanya Azilah dan Sirul Azhar dipersalahkan. Sumber (gambar): TTF

PEGUAM Negara, Tan Sri Tommy Thomas akan membuka semula kes pembunuhan membabitkan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang didakwa berkait dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tommy berkata, mahkamah ketika menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar bergelut dengan ketiadaan motif pembunuhan.

Pada 16 Disember lalu, Azilah membuat dakwaan mengejutkan melalui SD mendakwa menerima arahan daripada Datuk Seri Najib Razak untuk membunuh Altantuya.

Dalam pengakuan itu, Azilah mendakwa dia bersama bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan ‘shoot to kill’ (tembak mati) sebagai anggota pasukan UTK.

“Bagaimanapun, Azilah melalui Akuan Bersumpah (SD) menyatakan ada alasan bagi pembunuhan itu. Polis akan menyiasat dan kami akan meneliti perkara itu.

“Semua orang tahu ia tidak masuk akal apabila hanya Azilah dan Sirul Azhar dipersalahkan. Kita tahu ada cerita tidak lengkap,” kata beliau ketika ditemuramah oleh Bloomberg, Jumaat lalu.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya sebelum ini menetapkan 20 April depan untuk mendengar permohonan Azilah bagi menyemak semula keputusan yang mensabitkannya atas kesalahan membunuh Altantuya.

Azilah yang diwakili peguam J Kuldeep Kumar memfailkan permohonan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman gantung yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015.

Selain mengetepikan sabitan dan hukuman, Azilah juga memohon supaya perbicaraan kes berprofil tinggi ini dibuat semula.

Pada 16 Disember lalu, Azilah membuat dakwaan mengejutkan melalui SD mendakwa menerima arahan daripada Datuk Seri Najib Razak untuk membunuh Altantuya.

Memetik laporan Malaysiakini, dia yang kini berada di Penjara Kajang mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada Najib yang ketika kejadian adalah Timbalan Perdana Menteri dan rakan rapatnya, Abdul Razak Baginda.

Loading...

Dalam pengakuan itu, Azilah mendakwa dia bersama bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan ‘shoot to kill’ (tembak mati) sebagai anggota pasukan UTK.

Dia mendakwa terdapat keterangan tidak dikemukakan ketika prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Sumber:

Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...