Tommy Thomas enggan rayu keputusan Mahkamah benarkan ikat jamin suspek LTTE

Tommy Thomas berkata pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) akan mengendalikan setiap permohonan ikat jamin berdasarkan merit kes dan Mahkamah akan menjadi penentu, seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Sumber (gambar): Fail TTF

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, berkata pihak Pendakwa Raya tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Seksyen 13 (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, kebimbangan dibangkitkan berhubung persoalan sama ada mahkamah akan membenarkan ikat jamin kepada seseorang dituduh di bawah SOSMA, yang sedang membuat bom dan berhasrat menggunakannya untuk membunuh orang awam.

Sebelum ini, media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan yang didakwa memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), boleh mengemukakan permohonan untuk dibebaskan dengan ikat jamin.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, memutuskan Seksyen 13, SOSMA tidak berperlembagaan kerana menghalang sepenuhnya mahkamah daripada menimbangkan permohonan ikat jamin.


KUALA LUMPUR: Pihak Pendakwa Raya tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Seksyen 13 (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, berkata pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) akan mengendalikan setiap permohonan ikat jamin berdasarkan merit kes dan Mahkamah akan menjadi penentu, seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.




Beliau berkata, kebimbangan dibangkitkan berhubung persoalan sama ada mahkamah akan membenarkan ikat jamin kepada seseorang dituduh di bawah SOSMA, yang sedang membuat bom dan berhasrat menggunakannya untuk membunuh orang awam.

“Dalam keadaan sedemikian, rakyat Malaysia seharusnya yakin bahawa sebaik saja TPR memaklumkan kepada mahkamah (dengan bukti yang kukuh) bahawa si pemohon ikat jamin itu sedang merancang perbuatan buruk lagi zalim, permohonan untuk ikat jamin akan ditolak.

“Tiada hakim yang akan bertindak secara tidak bertanggungjawab dan mengabaikan keselamatan awam. Hakikatnya, kita hendaklah meletakkan keyakinan kepada hakim dalam menentukan suatu permohonan ikat jamin, sama ada untuk menolak atau membenarkannya.

“Jika keputusan dibuat membenarkan ikat jamin, syarat termasuk untuk tertuduh ditahan di rumahnya, memakai alat peranti elektronik, membuat laporan harian kepada pihak polis atau apa-apa syarat lain, boleh dipohon oleh pihak polis atau TPR,” katanya.

Justeru, kata Tommy, atas sebab berkenaan beliau menggunakan budi bicaranya dan membuat keputusan bahawa pihak Pendakwa Raya tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, sebelum ini.

Sebelum ini, media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan yang didakwa memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), boleh mengemukakan permohonan untuk dibebaskan dengan ikat jamin.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, memutuskan Seksyen 13, SOSMA tidak berperlembagaan kerana menghalang sepenuhnya mahkamah daripada menimbangkan permohonan ikat jamin.

Loading...

Pada 29 Oktober lalu, 12 suspek yang terkait dengan kumpulan pengganas LTTE dituduh di bawah Seksyen 130J Kanun Keseksaan kerana memberi sokongan kepada LTTE melalui media sosial selain memiliki barang-barang yang berkaitan dengan LTTE.

Mengulas lanjut, Tommy berkata Malaysia boleh dianggap antara negara paling selamat di dunia, hasil pemantauan cekap pasukan keselamatan negara, yang mempunyai rekod yang cukup cemerlang dalam menyekat berlakunya keganasan pada peringkat awal.

“Oleh itu, pertuduhan ke atas 12 orang terbabit tidak sepatutnya menimbulkan apa-apa kontroversi, lebih-lebih lagi memandangkan ketiadaan undang-undang lain yang boleh digunakan untuk menuduh mereka,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau berkata, Seksyen 130 dan 130J(b) Kanun Keseksaan, yang mana kesemua mereka dituduh, adalah kesalahan tertakluk kepada SOSMA, yang memperuntukkan langkah khas dalam mengendalikan mana-mana suspek, dari segi penahanan, sehinggalah rayuan diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara.

“Walaupun SOSMA dikritik sebahagian besar masyarakat sejak ia berkuat kuasa, ciri-ciri SOSMA yang paling dahsyat adalah larangan mutlak mendapatkan ikat jamin mulai dari tarikh penahanan sehinggalah perbicaraan di bawah Seksyen 13.

“Bahkan, penahanan boleh diteruskan selepas tertuduh didapati tidak bersalah di mahkamah, sementara menanti rayuan di mahkamah yang lebih tinggi (yang mungkin mengambil masa 9 hingga 12 bulan), tanpa boleh merujuk kepada mahkamah.

“Nasib mereka ini mirip dengan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, yang dikritik hebat selama beberapa dekad sebelum dimansuhkan pada 2012,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...