
Khairuddin Abu Hassan
توني ڤوا اڠڬڤ هاڽ ديريڽ ساج يڠ ڤنداي دالم دنيا اين
Tony Pua adalah seorang yang mempunyai sikap ‘superiority complex’ yang tinggi dan seringkali ingat hanya dirinya saja yang pandai dalam dunia ini.
Sebab itulah kalau kita lihat pada pemilihan parti DAP di Selangor ramai ahli-ahli akar umbi DAP menolak beliau.
Ahli Parlimen PJ Utara ini senantiasa mempunyai pemikiran tersendiri secara amat kuat.
Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa keperibadian Tony Pua ini agak angkuh!!
Pada realitinya, Tony Pua ini bukan bijak sangat pun. Beliau pun selalu buat keputusan yang salah serta tidak tepat.
Lihat saja dalam isu memeterai MoU di antara PH dengan kerajaan yang ditunjang oleh UMNO yang akhirnya tidakan tersebut memakan diri PH itu sendiri.
Ini adalah buah pemikiran yang diperjuangkan oleh Tony Pua.
Keputusan PRN Melaka membuktikan bahawa rakyat termasuk kaum Cina sendiri sudah menghantar satu mesej yang cukup jelas menolak DAP serta PH yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.
Sebab itu DAP kalah empat kerusi pada PRN Melaka dan PKR gagal meraih sebarang kerusi DUN di sana!!
Para pengundi dan rakyat akar umbi marah dengan pendirian PH yang memeterai MoU dengan kerajaan UMNO yang masih kuat dicengkam oleh golongan kleptokrats.
Sebagai contoh yang selanjutnya dalam perjuangan melawan kes skandal 1MDB bermula pada tahun 2014; Tony Pua hanya bercakap dan mempolitikkan isu tersebut saja.
Kami juga mengambil masa setahun untuk mengumpul matlumat mengenai kes skandal 1MDB dan seterusnya bertindak secara bertanggungjawab.
Hakikatnya, kami bukan bersikap retorikal tetapi berani bertindak mengikut lunas undang-undang sehingga saya didakwa di bawah Akta SOSMA dan dipenjarakan.
Kami adalah kalangan yang paling awal membuat laporan kepada PDRM dan SPRM di tanahair kita.
Pada waktu itu ketika kerajaan kleptokrasi mencengkam kuat keatas penguatkuasa undang-undang di Malaysia telah membuatkan kesemua laporan-laporan yang saya buat pada bulan disember 2014 tidak diambil tindakan sewajarnya oleh penguatkuasa undang- undang kita.
Perjuangan melawan salah guna kuasa dan rasuah berskala besar ketika Najib Tun Razak masih menjawat jawatan Perdana Menteri.
Tiada siapa yang berani lawan Najib Tun Razak melalui sistem perundangan pada waktu itu!!
Pada tempoh tersebut tanpa banyak bercakap seperti Tony Pua; saya sendiri terbang ke Singapura, Hong Kong, Switzerland, Peranchis, United Kingdom dan sebelum terbang ke ibu pejabat FBI di New York terus ditangkap serta ditahan di bawah Akta SOSMA.
Kini, saya adalah orang pertama yang ditahan di bawah Akta SOSMA di negara kita.
Apa yang kita bersyukur kesemua ‘jurisdictions’ yang saya sendiri pergi buat laporan di luar negara membuahkan hasil kerana negara-negara tersebut telah berjaya menyiasat kes skandal kewangan tersebar di alaf moden ini dan memperolehi pelbagai bukti-bukti sahih.
Moralnya di sini, kadang kala kita jangan hanya pandai bercakap dan bangga dengan apa yang kita bercakap serta menganggap kita bijak mendedahkan sesuatu isu.
Tetapi dalam masa yang sama pada hakikatnya kita hanya beretorikal tetapi penyudah kepada isu-isu yang penting; kita hanya beretorikal tanpa bertindak mengikut ‘rule of law.’
Tidak guna hanya pandai bercakap mempolitikkan sesuatu isu tetapi tidak berani melakukan penyudahnya mengikut saluran undang-undang samada di dalam atau luar negara.
Bagi saya kita jangan angkuh dan banyak bercakap!! Kita sepatutnya jujur bertindak keatas isu-isu yang berkepentingan untuk bangsa serta negara secara ikhlas tanpa mengharap sebarang ‘political mileage.’
Perjuangan kita hanyalah untuk bangsa, negara dan agama; bukannya untuk ‘mileage’ politik yang boleh buat kita menjadi semakin angkuh serta bersikap ‘superiority complex’ yang amat tinggi semacam Tony Pua.
WAJIB TONTON:
MALAYSIAN POLITICS – THE UGLY AND BITTER TRUTH EVERYONE SHOULD KNOW (PART 1)
