TONY PUA TIDAK FAHAM TANGGUNGJAWAB, BIDANG KERJA SETIAUSAHA POLITIK KETIKA DI KEMENTERIAN KEWANGAN DAHULU

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

توني ڤوا تيدق فهم تڠڬوڠجواب، بيدڠ كرجا ستياءوسها ڤوليتيك كتيك د كمنترين كواڠن دهولو

Ramai daripada penjawat awam tidak menyukai Tony Pua dan benci dengan karenah beliau ketika menjawat jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan pada suatu masa dahulu.

Pada waktu itu ramai daripada penjawat awam mengadu sikap Tony Pua yang dianggap ‘lebih sudu dari kuah’ serta terlalu angkuh.

Sebagai Setiausaha Politik kami diberitahu Tony Pua banyak membabitkan diri dalam urusan pentadbiran kerajaan serta urus tadbir kementerian kewangan.




Beliau sendiri banyak menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang bersangkutan dengan urus tadbir kerajaan di peringkat kementerian kewangan.

Sebagai contohnya, Tony Pua juga seringkali meminta penjawat awam memberi taklimat yang bersangkutan dengan urus tadbir Kementerian Kewangan kepadanya yang sepatutnya tidak wajar kerana Tony Pua hanyalah seorang Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan.

Jawatan Setiausaha Politik tidak boleh mencampuri urusan hal ehwal urus tadbir Kementerian Kewangan serta urusan pentadbiran kerajaan.

Malahan, pada waktu itu ramai daripada penjawat awam benci dengan sikap angkuh dan campur tangan Tony Pua yang dianggap keterlaluan.

Kakitangan kerajaan pada waktu itu menganggap Tony Pua tidak faham dengan skop tanggungjawab serta bidang kerja sebagai seorang Setiausaha Politik kepada seorang menteri.

Sebab itu bagi saya selalu nyatakan Tony Pua ini bukan seorang yang bijak kerana perkara-perkara yang asas seperti ini pun beliau tidak boleh faham.

Kalau hendak lihat ‘track record’ Tony Pua di bidang ekonomi secara cemerlang pun kita tidak dapat melihatnya sama sekali!!

Loading...

Dalam bidang politik pula banyak buah pemikiran dan tindakan tony banyak ‘memakan diri’ kepada dirinya sendiri, parti beliau serta PH.

‘Superiority complex’ yang ada dalam benak pemikiran Tony Pua amat tinggi tetapi pada hakikatnya dia adalah seorang yang ‘inferior’ saja!!

WAJIB BACA:

MALAYSIAN POLITICS – THE UGLY AND BITTER TRUTH EVERYONE SHOULD KNOW (PART 1)

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...