‘Total Lockdown’: 95,142 syarikat peroleh kelulusan operasi, lebih 500,000 daftar

Setakat ini, dianggarkan 1.2 juta pekerja daripada syarikat yang diluluskan dibenarkan untuk bekerja di premis. Sumber (gambar): Fail TTF

ءتوتل لوچقدوونء: 95،142 شريكت ڤروليه كلولوسن اوڤراسي، لبيه 500،000 دفتر

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Sebanyak 517,144 syarikat dengan sejumlah 9.67 juta tenaga kerja mendaftar di bawah COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang ditadbir oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) setakat 12 tengah hari ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata 95,142 syarikat memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu.

MITI berkata ia telah mula memproses permohonan daripada syarikat di bawah sektor diluluskan bermula pukul 1 petang semalam.

“Semua surat kelulusan yang dikeluarkan oleh MITI menerusi CIMS 3.0 perlu mempunyai kod QR. Ciri ini diperlukan untuk membolehkan pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan mengesahkan ketulenan surat kelulusan,” katanya.


KUALA LUMPUR: Sebanyak 517,144 syarikat dengan sejumlah 9.67 juta tenaga kerja mendaftar di bawah COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang ditadbir oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) setakat 12 tengah hari ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata 95,142 syarikat memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu.




“Setakat ini, berdasarkan kepada kapasiti tenaga kerja yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dianggarkan 1.2 juta pekerja daripada syarikat yang diluluskan dibenarkan untuk bekerja di premis. Ia merupakan pengurangan 2.0 juta tenaga kerja daripada 3.2 juta tenaga kerja bagi syarikat yang diluluskan.

“Bagi syarikat di bawah sektor yang diluluskan yang tidak mendaftar dengan CIMS 3.0 sebelum PKP terbaharu ini, mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian sekiranya mereka ingin beroperasi semasa PKP ini,” katanya.

MITI berkata ia telah mula memproses permohonan daripada syarikat di bawah sektor diluluskan bermula pukul 1 petang semalam.

“Semua surat kelulusan yang dikeluarkan oleh MITI menerusi CIMS 3.0 perlu mempunyai kod QR. Ciri ini diperlukan untuk membolehkan pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan mengesahkan ketulenan surat kelulusan,” katanya.

Sumber:

WAJIB BACA: 

Hadi Awang perlu jelaskan pendirian PAS isu pesawat Israel dibenarkan melalui ruang udara Malaysia

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...