
Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, supaya gaji anggota polis berpangkat rendah dinaikkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Abdul Hamid berkata, gaji yang diperoleh golongan berkenaan iaitu daripada sarjan ke bawah adalah rendah dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka bertugas di bandar-bandar besar.
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan akan mempertimbangkan cadangan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, supaya gaji anggota polis berpangkat rendah dinaikkan.
Menurut akhbar Berita Harian, Perdana Menteri berkata beliau akan memikirkan mengenai perkara itu.
“Saya fikirlah,” katanya ringkas pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Bil 3/2019 Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.
TTF menyokong cadangan kenaikan gaji anggota polis memandangkan pengorbanan mereka dalam memastikan ketenteraman awam sentiasa terkawal.
Abdul Hamid semalam mencadangkan agar gaji, logistik dan keperluan anggota polis berpangkat rendah diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan itu.
Menurut beliau, gaji yang diperoleh golongan berkenaan iaitu daripada sarjan ke bawah adalah rendah dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka bertugas di bandar-bandar besar.
Kali terakhir gaji anggota polis dinaikkan ialah pada bulan Mac 2017 apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Seri Najib Tun Razak, mengumumkan skim gaji baru dan kenaikan pangkat anggota dan pegawai polis serta tentera.
THE THIRD FORCE
