#TTFCovid19: 181 petugas kesihatan positif Covid-19, dua maut

Seramai 2,000 petugas kesihatan sudah menjalani saringan secara berkala bagi memastikan tiada jangkitan itu dalam kalangan petugas. Sumber (gambar): Fail TTF

 

#تتفچوۏيد19: 181 ڤتوڬس كصيحتن ڤوسيتيف چوۏيد-19، دوا موت

#TTFCovid19: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini dilaporkan berkata seramai 181 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan swasta dikesan positif Covid-19 manakala dua lagi maut setakat ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati bahawa punca jangkitan bagi kesemua terlibat bukan disebabkan pengendalian kes positif di pusat kesihatan.

“Kita menyaring barisan hadapan secara berkala bukan di hospital KKM sahaja, tetapi hospital swasta turut melakukan saringan sama.

“Kita tidak tunggu bergejala baru nak saring, sebaliknya dilakukan secara berjadual,” katanya.


PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini dilaporkan berkata seramai 181 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan swasta dikesan positif Covid-19 manakala dua lagi maut setakat ini.




Menurut beliau, siasatan mendapati bahawa punca jangkitan bagi kesemua terlibat bukan disebabkan pengendalian kes positif di pusat kesihatan.

“Daripada jumlah itu, 122 petugas kesihatan dijangkiti di luar kawasan hospital, contohnya menghadiri kenduri perkahwinan dan datang hospital lalu menjangkiti rakan mereka.

“Manakala 36 lagi petugas dijangkiti semasa berkhidmat di klinik atau Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Ia disebabkan semasa melaksanakan prosedur, pesakit tidak memaklumkan ada hubung kait dengan kontak rapat positif Covid-19.

“Ini bermakna hanya 20 peratus dijangkiti di hospital manakala 80 peratus bukan berkaitan perkhidmatan di hospital,” katanya pada sidang media.

Menurutnya lagi, seramai 2,000 petugas kesihatan sudah menjalani saringan secara berkala bagi memastikan tiada jangkitan itu dalam kalangan petugas.

“Kita menyaring barisan hadapan secara berkala bukan di hospital KKM sahaja, tetapi hospital swasta turut melakukan saringan sama.

Loading...

“Kita tidak tunggu bergejala baru nak saring, sebaliknya dilakukan secara berjadual,” katanya.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...