#TTFCovid19: 19 remaja ditahan ketika seronok ‘pesta’ di kediaman

Siasatan mendedahkan kumpulan ini melakukan kutipan antara mereka sebanyak RM20 hingga RM30 setiap seorang bagi menampung pembayaran kediaman yang disewa. Sumber (gambar): Fail TTF

#تتفچوۏيد19: 19 رماج سرونوك ءڤيستاء د كديامان

#TTFCovid19: Berita Harian semalam melaporkan kejadian ‘pesta’ di sebuah unit kondominium di Taming Jaya, Kajang yang menjurus kepada penahanan 14 lelaki dan lima wanita berusia antara lingkungan 20-an hingga 30-an.

Kesemua terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan direman selama empat hari bermula hari ini hingga 7 April ini untuk siasatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berdasarkan keterangan yang diambil, tujuan mereka berkumpul adalah semata-mata untuk berkumpul dengan rakan selain berhibur bersama.

Ahad lalu, seramai 30 individu, termasuk dua di bawah umur, ditahan selepas dipercayai mengadakan ‘private party’ dalam serbuan di tiga kediaman di pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri, Johor Bahru.


SUBANG JAYA: Berita Harian semalam melaporkan kejadian ‘pesta’ di sebuah unit kondominium di Taming Jaya, Kajang yang menjurus kepada penahanan 14 lelaki dan lima wanita berusia antara lingkungan 20-an hingga 30-an.

Kesemua terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan direman selama empat hari bermula hari ini hingga 7 April ini untuk siasatan lanjut.




Menurut laporan, pihak polismenerima aduan daripada orang awam berhubung sekumpulan individu yang berkumpul dan membuat bising di kediaman itu sebelum serbuan dilakukan 12.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan dilakukan di kediaman terletak di tingkat 15 itu mendapati terdapat 14 lelaki dan lima wanita berusia antara lingkungan 20-an hingga 30-an sedang asyik berhibur dengan muzik serta meminum minuman keras di ruang tamu.

“Siasatan awal mendapati premis kediaman itu disewa secara harian daripada pemilik oleh seorang daripada individu berkenaan dengan bayaran RM140 sehari,” jelas Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Menurut Dzaffir, berdasarkan keterangan yang diambil, tujuan mereka berkumpul adalah semata-mata untuk berkumpul dengan rakan selain berhibur bersama.

“Siasatan juga mendedahkan kumpulan ini melakukan kutipan antara mereka sebanyak RM20 hingga RM30 setiap seorang bagi menampung pembayaran kediaman yang disewa,” katanya.

Beliau berkata, tindakan mereka berkumpul untuk berhibur melanggar peraturan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Namun, siasatan terhadap mereka diklasifikasikan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Loading...

Ahad lalu, seramai 30 individu, termasuk dua di bawah umur, ditahan selepas dipercayai mengadakan ‘private party’ dalam serbuan di tiga kediaman di pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, menerusi Ops Private Party dijalankan pada 8.30 hingga 11.30 malam itu, pihaknya menahan individu berusia 15 hingga 26 tahun terbabit.

Beliau berkata, dalam serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Johor Bahru Selatan itu, turut ditahan remaja perempuan berusia 15 tahun dan remaja lelaki berusia 17 tahun.

“Mereka ditahan membabitkan 20 lelaki dan 10 wanita sebelum ujian saringan air kencing mendapati 10 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine manakala tujuh individu positif dadah jenis ketamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 7 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...