#TTFCovid19: 50,000 anggota Polis, Tentera, Rela kawal 3.1 juta rakyat degil

Ditanya mengenai hukuman akan dikenakan jika gagal mematuhi PKP, Ismail Sabri berkata, PKP dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sumber (gambar): Fail TTF

#تتفچوۏيد19: 50،000 اڠڬوتا ڤوليس، تنترا، ريلا كاول 3.1 جوت رعيت دڬيل

#TTFCovid19: WALAUPUN arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah dikeluarkan, namun sejumlah 3.1 juta rakyat Malaysia dikesan masih berdegil dan memaksa lebih 50,000 anggota tentera, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pihak berkuasa tempatan dikerah melakukan pemantauan.

Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu, majlis keselamatan negeri dan pusat pengurusan bencana daerah juga akan digerakkan untuk menguatkuasakan dengan tegas peraturan itu dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, sehingga kini 1,462 anggota Rela digerakkan dan 3,000 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga akan membantu.

“Mereka diperlukan untuk mengawal selia kawasan di luar bandar supaya semua pihak mematuhi PKP ini.

“Selain itu, polis mewujudkan satu ‘task force’ bersama ATM dan kita dimaklumkan majlis keselamatan negeri juga sudah digerakkan untuk memantau setiap daerah supaya rakyat terus patuh arahan kerajaan,” katanya.


WALAUPUN arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah dikeluarkan, namun sejumlah 3.1 juta rakyat Malaysia dikesan masih berdegil dan memaksa lebih 50,000 anggota tentera, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pihak berkuasa tempatan dikerah melakukan pemantauan.

Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu, majlis keselamatan negeri dan pusat pengurusan bencana daerah juga akan digerakkan untuk menguatkuasakan dengan tegas peraturan itu dalam mengekang penularan wabak Covid-19.




“Walaupun polis mendapati kadar pematuhan terhadap perintah itu adalah 90 peratus, bagaimanapun baki 10 peratus itu masih keluar dan kita memandang serius berikutan bilangan mereka juga besar jika diambil kira bilangan penduduk lebih 31 juta orang di negara ini.

“Kita juga mendapati orang ramai turut tertumpu di pasar pagi dan pasar raya dalam keadaan bersesak yang nyata menggagalkan misi PKP ini, jadi kerajaan juga setuju tempatkan polis dan tentera di kawasan berkenaan,” katanya yang juga Menteri Pertahanan dalam sidang media harian, hari ini.

Katanya, jangkitan wabak itu dilihat terus berlaku dan merebak, justeru pematuhan terhadap PKP amat penting bagi membendung penularan Covid-19.

“Hari ini (semalam) bermula Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu polis bagi memastikan PKP dipatuhi sepenuhnya.

“Kita dapati masih banyak kawasan seolah-olah tidak sedar mengenai larangan PKP, sebab itu ATM dan polis akan bekerjasama di kawasan sekatan jalan raya, rondaan kawasan bandar dan luar bandar, hospital, mengadakan hebahan mengawal kawasan yang masih menjadi tumpuan ramai dan kawalan di pintu masuk sempadan,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini 1,462 anggota Rela digerakkan dan 3,000 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga akan membantu.

“Mereka diperlukan untuk mengawal selia kawasan di luar bandar supaya semua pihak mematuhi PKP ini.

Loading...

“Selain itu, polis mewujudkan satu ‘task force’ bersama ATM dan kita dimaklumkan majlis keselamatan negeri juga sudah digerakkan untuk memantau setiap daerah supaya rakyat terus patuh arahan kerajaan,” katanya.

Ditanya mengenai hukuman akan dikenakan jika gagal mematuhi PKP, Ismail Sabri berkata, PKP dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Memang benar di bawah akta ini terdapat hukuman dua tahun penjara dan sebagainya, tetapi setakat hari ini masih dalam peringkat nasihat.

“Tetapi saya tidak menolak kemungkinan peringkat ini (nasihat) boleh berubah kepada tindakan lebih tegas.

“Oleh kerana PKP dilaksanakan di bawah KKM dan bukan Akta Darurat, ia akan diketuai oleh polis dan bukan tentera seperti khabar angin disebarkan,” katanya.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...