#TTFCovid19: Ada idea membina bantu kerajaan perang Covid-19? Hantarkan artikel anda di sini…

Sumber (gambar): Health Transformer

“Hantarkan artikel-artikel anda kepada saya di email [email protected] berserta gambar dan nama penuh anda, dan saya berjanji akan menerbitkan artikel-artikel ini dengan syarat kandungannya mantap dan bernas”

Raggie Jessy Rithaudeen

#TTFCovid19

Kebelakangan ini, rakyat Malaysia disajikan dengan jumlah bilangan kes Covid-19 yang terkini, bilangan pesakit yang meninggal dan bilangan yang sembuh berserta maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Jika bukan angka kes atau kematian, berita arus perdana sentiasa dibanjiri dengan pelbagai maklumat berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuk bilangan kawasan di mana kawalan diperketatkan dan jumlah mereka yang ditahan polis.




Kesemua angka ini harus diambil perhatian, dan jasa Polis Diraja Malaysia, Tentera Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan petugas-petugas di pusat-pusat perubatan tidak ternilai besarnya dan amat terpuji.

Walaubagaimanapun, angka-angka ini boleh mendatangkan pelbagai kesan psikologi kepada mereka yang hanya memberi tumpuan terhadap Covid-19 semata-mata dan tidak memikirkan perkara lain, terutamanya bagi mereka yang masih bujang dan (atau) tinggal bersendirian.

Ketahuilah, bahawa tidak ada salahnya jika kita turut memberi perhatian kepada perbincangan ekonomi, pendidikan dan politik atau perkara-perkara lain sambil kita memantau perkembangan terkini berhubung wabak Covid-19.

Gunakanlah masa ini untuk memikirkan strategi-strategi jangka pendek dan panjang yang boleh diterapkan ke dalam struktur pentadbiran negara bagi membantu kita lebih bersedia menghadapi situasi sebegini –seandainya ia berulang – di masa hadapan.

Hantarkan artikel-artikel anda kepada saya di email [email protected] berserta gambar dan nama penuh anda, dan saya berjanji akan menerbitkan artikel-artikel ini dengan syarat kandungannya mantap dan bernas.

Anda juga boleh membuat kritikan, tetapi pastikan kritikan anda berasas dan membina, bukannya membinasa. Elakkan daripada menggunakan kata-kata kesat ataupun Bahasa yang boleh menyinggung perasaan pembaca.

Loading...

Apa pun, saya akan bertemu anda secara live 9 malam Sabtu ini menerusi menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK TERUS DI SINI) dan beberapa Facebook lain bagi membincangkan isu-isu berbangkit.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...