
#تتفچوۏيد19: بايي كمبر دبري نام چوۏيد، چورونا
#TTFCovid19: Dalam pada satu dunia terjejas teruk dengan penularan wabak Covid-19, sepasang suami-isteri di Chhattisgar, India menamakan anak mereka ‘Corona’ dan ‘Covid’ sempena kelahiran bayi kembar itu di Rajpur.
Pasangan dari India itu berpendapat ‘Covid’ dan ‘Corona’ adalah simbolik kepada “kejayaan mengharungi segala rintangan.”
Menurut ibu kepada bayi kembar itu, Preeti Verma, beliau bertekad menamakan anak lelakinya “Covid’ dan yang perempuan ‘Corona’ dan mungkin akan ubah nama mereka pada masa hadapan sekiranya perlu.
“Virus itu sememangnya berbahaya dan mengancam nyawa tetapi wabak tersebut telah berjaya membuatkan ramai orang sedar soal kuman, kebersihan serta berjaya menanam tabiat-tabiat baik yang lain.”
PETALING JAYA: Dalam pada satu dunia terjejas teruk dengan penularan wabak Covid-19, sepasang suami-isteri di Chhattisgar, India menamakan anak mereka ‘Corona’ dan ‘Covid’ sempena kelahiran bayi kembar itu di Rajpur.
Perkara ini mendapat perhatian ramai kerana kedua-dua perkataan itu membawa perasaan ‘ketakutan’ dan ‘kemusnahan’ di kalangan orang awam dan juga kerajaan-kerajaan dunia.
Tetapi pasangan dari India itu berpendapat ‘Covid’ dan ‘Corona’ adalah simbolik kepada “kejayaan mengharungi segala rintangan.”
Bayi kembar itu dikurniakan kepada pasangan berkenaan pada tengah malam 27hb Mac 2020 di sebuah hospital di Rajpur tatkala India menghadapi perintah berkurung selama 21 hari.
Menurut ibu kepada bayi kembar itu, Preeti Verma, beliau bertekad menamakan anak lelakinya “Covid’ dan yang perempuan ‘Corona’ dan mungkin akan ubah nama mereka pada masa hadapan sekiranya perlu.
“Virus itu sememangnya berbahaya dan mengancam nyawa tetapi wabak tersebut telah berjaya membuatkan ramai orang sedar soal kuman, kebersihan serta berjaya menanam tabiat-tabiat baik yang lain.
“Disebabkan itulah kami memutuskan untuk menamakan mereka (anak kembar) dengan nama ini,” kata Preeti.
THE THIRD FORCE
