
Skim bantuan dan insentif kerajaan kepada rakyat Malaysia susulan krisis COVID-19
#تتفچوۏيد19: ديثكاون بيل ايليكتريق 6 بولن، تڠڬوه بايرن چوكاي انتارا بنتوان كراجأن
#TTFCovid19
1. Diskaun bil elektrik 6 bulan bermula 1 April
Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik berjumlah RM662 juta
2. Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan
Penangguhan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam, membabitkan jumlah kutipan RM375 juta
3. Penangguhan bayaran pinjaman MARA
MARA tangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selama 3 bulan
Diskaun khas sewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30% diberikan kepada usahawan di semua premis Mara.
4. Bayaran bantuan JKM kepada 500,000 penerima bermula Rabu ini
Bantuan dengan kos RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal
5. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji
Pekerja berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan, yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan, untuk maksimum selama 6 bulan
6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun
Kemudahan membabitkan 37,855 murid dan 972 kanak-kanak
7. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Percuma sebulan sewa premis perniagaan DBKL
Bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL
8. Elaun khas kepada petugas perubatan
RM400 sebulan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan
9. LHDN benarkan tangguh bayaran cukai
Penangguhan bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan
10. Penangguhan pembayaran pinjaman
CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan, penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terbabit gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi.
11. Bajet tambahan
RM160 juta bajet tambahan disalurkan kepada 26 hospital, sebahagian daripada RM259 juta yang disalurkan untuk Kementerian Kesihatan membeli ubat-ubatan, peralatan dan lain-lain
12. Bantuan dari Kerajaan Negeri, Pusat Zakat/Baitulmal Negeri menyusul
Sumber:
