#TTFCovid19: Kementerian Kesihatan sahkan Malaysia ada bekalan ubat rawat Covid-19

Dalam situasi pandemik, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM. Sumber (gambar): Fail TTF

#تتفچوۏيد19: كمنترين كصيحتن سهكن مليسيا اد بكلن اوبت راوت چوۏيد-19

#TTFCovid19: KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ubat ‘Chloroquine’, ‘Hydroxychloroquine’ dan kombinasi ‘Lopinavir dan Ritonavir’ adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan boleh digunakan untuk rawatan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bekalan ubat itu sedia ada di Malaysia untuk kegunaan rawatan penyakit lain dan semakan dengan pangkalan data produk berkenaan berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Menurutnya, dalam situasi pandemik Covid-19, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM.

“KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin demi kepentingan pesakit,” katanya.


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ubat ‘Chloroquine’, ‘Hydroxychloroquine’ dan kombinasi ‘Lopinavir dan Ritonavir’ adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan boleh digunakan untuk rawatan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bekalan ubat itu sedia ada di Malaysia untuk kegunaan rawatan penyakit lain dan semakan dengan pangkalan data produk berkenaan berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).




“Bekalan ubat-ubatan yang memerlukan pengimportan seperti Favipiravir dan Remdesivir akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan Covid-19.

“Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terbabit dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial Covid-19’ yang mana ubat kajian itu akan digunakan.

“NPRA akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin.

“Bagi ubat Favipiravir, KKM sedang mendapatkan ubat berkenaan daripada pembekal,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurutnya, dalam situasi pandemik Covid-19, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM.

“KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin demi kepentingan pesakit,” katanya.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...