#TTFCovid19: Kenapa kumpulan umur 56-60 tinggi jangkitan? Kementerian Kesihatan mungkin terlepas pandang faktor ini…

Pihak KMM boleh mengenalpasti jenis-jenis virus yang lazim bagi tempoh-tempoh berlainan menerusi semakan rekod lampau hospital-hospital swasta dan kerajaan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Mereka yang lahir sebelum tahun 1990 atau selepas tahun 1994 mungkin terdedah kepada sejenis virus yang memiliki selaput protin yang seakan-akan sama dengan selaput protin yang menyelubungi virus penyebab Covid-19”

Raggie Jessy Rithaudeen

#TTFCovid19

#تتفچوۏيد19: كناڤ كومڤولن عمور 56-60 تيڠڬي جڠكيتن؟ كمنترين كصيحتن موڠكين ترلڤس ڤندڠ فكتور اين…

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini berkata selepas dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya dapat melihat trend jumlah kes baharu yang dilaporkan setiap hari dan jumlah kes harian terus meningkat dan kadang kala mendatar.

Menurutnya, trend bagi pesakit yang sembuh dan dibenarkan pulang turut meningkat.




“Selain itu statistik turut menunjukkan terdapat dua kumpulan usia masyarakat paling tinggi dijangkiti COVID-19 berbanding kumpulan usia yang lain. Bagi kumpulan usia yang pertama ialah antara 26 hingga 30 tahun, dan kumpulan usia kedua pula ialah 56 hingga 60 tahun.

“Faktor kumpulan usia yang muda itu kita rasa mungkin dalam kalangan pelajar atau mereka yang baru kembali dari luar negara atau pun mereka sering keluar walaupun dalam tempoh PKP.

“Bagi kumpulan kedua, kita lihat mereka sebagai ketua keluarga yang selalu keluar untuk membeli barang dan sebagainya dan mungkin dijangkiti ketika itu,” katanya.

Walaupun saya amat kagum dengan kecekapan dan usaha KMM menangani wabak Covid-19, saya berpendapat bahawa tafsiran Noor Hisham berhubung sebab kumpulan usia 56 hingga 60 tahun menunjukkan tahap jangkitan tinggi kurang tepat.

Ini kerana hampir semua kumpulan usia bermula dari umur 21 tahun hinggalah mereka yang berumur 70 atau 80 tahun mempunyai ketua keluarga yang akan “keluar untuk membeli barang.”

Malah, ketua keluarga yang berumur 60 tahun ke ataslah disyaki paling ramai keluar untuk membeli makanan dan barang keperluan, kerana ramai di kalangan mereka tinggal di rumah hanya dengan pasangan masing-masing disebabkan anak-anak mereka sudahpun berkeluarga dan berhijrah ke daerah atau bandar lain.

Loading...

Saya berpendapat bahawa pihak KKM perlu mengambil kira satu lagi faktor dalam membuat ramalan atau hipotesis yang mampu menjelaskan sebab utama kumpulan 26 hingga 30 tahun dan 56 hingga 60 tahun paling tinggi dijangkiti Covid-19.

Faktor yang dimaksudkan ialah kelaziman satu-satu jenis virus di Malaysia bagi satu-satu tempoh tertentu di antara tahun 1930 hingga ke hari ini.

Pakar perubatan dan saintis tahu, fasa pembesaran seseorang di peringkat kanak-kanak merupakan fasa paling penting dalam menentukan kecenderungan sistem daya tahan dan rintangan orang berkenaan terhadap serangan virus.

Virus pula mempunyai lapisan protin pada permukaannya yang berbeza di antara satu jenis virus dengan jenis yang lain.

Untuk melumpuhkan keupayaan satu-satu jenis virus menyerang sel badan, badan kita harus menghasilkan antibodi yang mampu bercantum dengan protin pada selaput luar virus berkenaan agar virus itu tidak berupaya menembusi sel badan.

Satu-satu jenis antibodi spesifik kepada satu-satu jenis virus atau kumpulan virus, manakala kecenderungan semulajadi seseorang individu untuk menghasilkan satu-satu jenis antibodi amat dipengaruhi oleh virus yang menyerang badannya ketika usia remaja atau baru lahir.

Justeru, pihak KKM bersama pakar penyelidik unit-unit perubatan dan sains, khususnya pakar mikrobiologi, perlu menyelidik jenis-jenis virus yang lazim antara tahun 1990 hingga 1994 dan 1960 hingga 1964.

Tempoh-tempoh ini bertepatan dengan tahun-tahun kelahiran bagi mereka yang berumur antara 26 hingga 30 tahun dan 56 hingga 60 tahun.

Pakar penyelidik kemudian harus membandingkan jenis-jenis virus yang lazim bagi tempoh-tempoh berkenaan dengan tempoh-tempoh sebelum dan selepasnya.

Hasil dari kajian ini boleh memberitahu kita sejarah penularan virus bagi tempoh-tempoh berlainan yang mungkin telah mempengaruhi daya tahan badan kumpulan-kumpulan umur yang baru lahir atau masih remaja dalam tempoh-tempoh tersebut.

Sebagai contoh, mereka yang lahir sebelum tahun 1990 atau selepas tahun 1994 mungkin terdedah kepada sejenis virus yang memiliki selaput protin yang seakan-akan sama dengan selaput protin yang menyelubungi virus penyebab Covid-19.

Justeru, mereka memiliki daya ketahanan yang lebih tinggi terhadap virus baru ini kerana mempunyai kemampuan menghasilkan antibodi yang, walaupun tidak seratus peratus berkesan, mampu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 atau impak jangkitan.

Sebaliknya, mereka yang lahir antara tahun 1990 dan 1994 mungkin terdedah kepada virus yang memiliki selaput protin yang jauh berbeza dengan selaput protin yang menyelubungi virus penyebab Covid-19.

Justeru, badan mereka ketika masih bayi terlalu sibuk memerangi virus tersebut dan cekap dalam penghasilan antibodi yang langsung tidak berkesan dalam mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 atau impak jangkitan.

Pihak KMM boleh mengenalpasti jenis-jenis virus yang lazim bagi tempoh-tempoh berlainan menerusi semakan rekod lampau hospital-hospital swasta dan kerajaan.

Kajian ini mampu memberikan idea kepada pakar perubatan berhubung daya ketahanan kumpulan-kumpulan umur yang berbeza di Malaysia dan jenis-jenis ubat yang mungkin dapat membantu kumpulan-kumpulan tersebut.

Saya mengaku, kesemua ini hanyalah kemungkinan, tetapi penyelidikan tidak akan dinamakan penyelidikan jika kita sudah memperolehi semua jawapan bagi satu-satu masalah atau persoalan sains.

Kunci dalam mana-mana penyelidikan ke arah kejayaan ialah untuk mempertimbangkan semua pembolehubah yang wujud dan mengenalpasti cara-cara pembolehubah-pembolehubah ini mempengaruhi satu-satu hasil atau peranannya dalam satu-satu pemerhatian.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...