
#تتفچوۏيد19: كريتاڤي تانه ملايو هنتيكن ڤرخدمتن ترن ڤنومڤڠ انتارا نڬري، بندر
#TTFCovid19: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghentikan sementara beberapa perkhidmatan tren antara negeri dan bandar berkuat kuasa esok sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Datuk Kamarulzaman Zainal berkata, hanya dua perkhidmatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS )dan KTM antara bandar akan beroperasi setiap hari berbanding lapan sebelum ini.
“Perkhidmatan beberapa tren masih perlu diteruskan mengambil kira keperluan khusus termasuk penghantaran bahan perubatan dan makanan serta pergerakan kakitangan pelbagai perkhidmatan penting yang terbabit dalam penguatkuasaan perintah ketika ini.
“Penumpang boleh membuat pindaan tarikh perjalanan di kaunter atau pembatalan tiket menerusi laman sesawang www.ktmb.com.my,” katanya.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghentikan sementara beberapa perkhidmatan tren antara negeri dan bandar berkuat kuasa esok sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Datuk Kamarulzaman Zainal berkata, hanya dua perkhidmatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS )dan KTM antara bandar akan beroperasi setiap hari berbanding lapan sebelum ini.
“Perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran, Ekspres Selatan dan Shuttle Tebrau dihentikan sepenuhnya sehingga tamat tempoh perintah itu.
“Operasi KTM komuter pula akan dikurangkan kepada 49 perkhidmatan sehari bagi sektor Lembah Klang dan utara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kamarulzaman berkata, perkhidmatan tren Skypark Link di antara Stesen Kuala Lumpur Sentral dan Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah, Subang dikurangkan kepada empat larian sehari berbanding lapan sebelum ini.
“Perkhidmatan beberapa tren masih perlu diteruskan mengambil kira keperluan khusus termasuk penghantaran bahan perubatan dan makanan serta pergerakan kakitangan pelbagai perkhidmatan penting yang terbabit dalam penguatkuasaan perintah ketika ini.
“Penumpang boleh membuat pindaan tarikh perjalanan di kaunter atau pembatalan tiket menerusi laman sesawang www.ktmb.com.my,” katanya.
Katanya, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat semasa operasi tren boleh melayari laman sesawang berkenaan atau menghubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-22671200.
Sumber:
