#TTFCovid19: Lelaki ajak polis bertumbuk bila disuruh patah balik

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan). Sumber (gambar): Fail TTF

#تتفچوۏيد19: للاكي اجق ڤوليس برتومبوق بيلا دسوروه ڤاته باليق

#TTFCovid19: Seorang lelaki menjadi individu pertama ditahan di daerah Kuala Pilah selepas memaki hamun dan mengajak bertumbuk dengan anggota polis apabila enggan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, lelaki itu ditahan pada jam 3.40 petang selepas enggan memberi kerjasama untuk berpatah balik.

“Kemudian suspek bertindak memaki hamun dan mencabar anggota polis bertugas untuk bertumbuk,” katanya ketika dihubungi.

Amran berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Seremban.


KUALA PILAH: Seorang lelaki menjadi individu pertama ditahan di daerah ini selepas memaki hamun dan mengajak bertumbuk dengan anggota polis apabila enggan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan ketika sekatan jalan raya di Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, berhadapan Klinik Kesihatan Juasseh, petang semalam.




Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, lelaki itu ditahan pada jam 3.40 petang selepas enggan memberi kerjasama untuk berpatah balik.

“Suspek dipercayai dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Gebeng Kuantan, Pahang bagaimanapun gagal mengemukakan surat kebenaran pergerakan daripada pihak polis.

“Kemudian suspek bertindak memaki hamun dan mencabar anggota polis bertugas untuk bertumbuk,” katanya ketika dihubungi.

Amran berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Seremban.

“Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...