
#تتفچوۏيد19: ڤردان منتري جيڤون اشتهار ضرورت سلوروه نڬارا
#TTFCovid19: Agensi berita Bernama melaporkan bahawa Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.
Pada 7hb April 2020, beliau mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu, termasuk Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.
Pengisytiharan terbaru ini meliputi seluruh negara dan membolehkan kuasa penuh diberi kepada gabenor wilayah-wilayah yang berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus.
Walaubagaimanapun, ada beberapa wilayah yang telahpun mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat lebih awal.
PETALING JAYA: Agensi berita Bernama melaporkan bahawa Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.
Pada 7hb April 2020, beliau mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu, termasuk Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.
“Saya memutuskan untuk mengisytiharkan darurat kerana kami telah mencapai titik di mana penyebaran jangkitan menjadi cepat dan meluas di seluruh negara dan mengancam untuk memberi kesan serius kepada kehidupan masyarakat dan ekonomi, “katanya dalam parlimen pada ketika itu.
Pengisytiharan terbaru ini meliputi seluruh negara dan membolehkan kuasa penuh diberi kepada gabenor wilayah-wilayah yang berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus.
Walaubagaimanapun, ada beberapa wilayah yang telahpun mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat lebih awal.
THE THIRD FORCE
